1,000 km paip lama di johor dapat peruntukkan RM935 juta
Sebanyak RM935 juta diperuntukkan bagi program penggantian kira-kira 1,000 kilometer (km) paip lama yang berusia lebih 40 tahun di seluruh negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kerja penggantian paip lama itu yang dimulakan sejak tahun lalu dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.
Katanya, ini adalah fasa pertama dalam program penggantian paip lama di Johor yang menyasarkan penggantian paip pada akhir tahun 2025.
“Alhamdulillah ini adalah satu hala tuju kerajaan negeri Johor untuk pastikan paip-paip lama seluruh negeri ini dapat diganti dengan baharu supaya tiada air terbazir melalui paip pecah dan bocor terutama di bawah tanah yang sudah lama tidak diganti.
“Dengan peruntukan yang ada RM935 juta tadi, kita gantikan di kawasan yang yang menjadi keutamaan, yang lebih kritikal kita dahulukan. Khususnya di kawasan yang ramai penduduk di kawasan Johor Bahru, Taman Ungku Tun Aminah dan Taman perumahan lama.
“Secara keseluruhan sebanyak 1,000 km paip dapat diganti pada tahun ini, iaitu 20 peratus daripada 6,000 paip yang dijadualkan akan diganti,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja penggantian paip air di Jalan Tan Hiok Nee, di sini hari ini.
Mohd Fazli berkata, paip lama ini perlu diganti berikutan pihak Ranhil SAJ menerima hampir 7,000 aduan berhubung kejadian paip bocor setiap bulan.
BACA JUGA:
PH ‘copy paste’ kepada BN, gesa warga Selangor pilih ori buang palsu
Pemilik restoran gemar kaitkan jin punca tiada pelanggan, tapi sebenarnya…
Populariti Sanusi masih buatkan BN ketinggalan zaman – Muhammad Khizri