20 koleksi teka-teki pecah kepala nak cari jawapan! Susah betul

20 koleksi teka-teki pecah kepala nak cari jawapan! Susah betul

TEKA-TEKI SUSAH BERBENTUK PANTUN YANG MENGHIBURKAN

Terdapat banyak jenis teka-teki dan salah satu daripadanya yang popular adalah pantun teka-teki.

20 koleksi teka-teki pecah kepala nak cari jawapan! Susah betul

Pengertian pantun secara khusus adalah rangkaian kata-kata indah yang mengandungi nasihat, sindiran ataupun keperluan lainnya.

Fungsinya sebagai penghalus kata dalam berkomunikasi.

Isi Kandungan tunjuk
Maksud Pantun teka-teki
Berdasarkan isinya, pantun dapat dikelompokkan menjadi beberapa jenis, salah satunya pantun teka-teki.

Pantun teka-teki adalah pantun yang berisi teka-teki dan pendengar atau pembaca diberi kesempatan untuk menjawab atau membalas teka-teki pantun tersebut.

Selain itu, terdapat juga banyak jenis pantun lain antaranya pantun jenaka yang berisi hal-hal lucu, pantun nasihat yang berisi nasihat untuk mendidik moral dan budi pekerti, dan pantun kiasan yang berisi perumpamaan dengan tujuan menyampaikan suatu hal secara tersirat.

Ciri-ciri Pantun
Secara umumnya, pantun jenis ini mempunyai sedikit sahaja perbezaan dengan pantun-pantun yang lain.

Memiliki rima atau pada setiap akhir kata dalam kalimat berbunyi (a-a-a-a) atau (a-b-a-b)
Baris ketiga dan keempat merupakan isi pantun yang menjadi tujuan atau maksud dari pantun. Pada pantun teka-teki, kedua baris ini berisi teka-teki yang ditanyakan.
Pantun teka-teki biasanya bersifat menghibur.
Ada pertanyaan di baris terakhir yang terkadang dilengkapi dengan tanda tanya.

Contoh Pantun Teka-teki Dan Jawapannya (Tentu Susah Nak Jawab!)
Berikut dikongsikan 20 teka-teki susah berbentuk pantun untuk menguji minda dan mengisi masa lapang anda.

SOALAN 1

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi semakin ringan

Jawapan: Belon

SOALAN 2

Pergi umrah tiap tahun
Semoga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

SOALAN 3

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilanglah budi bicara akal
Buah apa tak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

SOALAN 4

Tinggi duduk di atas sekali
Bukan bulan bukan matahari
Bila malam ia berseri
Bila siang ia berganti

Jawapan: Bintang

SOALAN 5

Mulut manis hati nak baik
Itulah amalan turun temurun
Benda apa yang akan naik
Jika saja hujan turun

Jawapan: Payung

SOALAN 6

Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Jawapan: Ayam

SOALAN 7

Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Selalu diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

Jawapan: Gasing

SOALAN 8

Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Melaka

SOALAN 9

Pagi-pagi pergi ke kebun
Menebas rumput guna parang
Waktu siang matanya rabun
Waktu malam matanya terang

Jawapan: Burung Hantu

SOALAN 10

Pecah kaca jatuh berderai
Jatuh berderai ketika menyusun
Taringnya tajam bila menyeringai
Bila mengaum terasa gerun

Jawapan: Harimau

SOALAN 11

Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan segera
Semakin berisi semakin menunduk?

Jawapan: Padi

SOALAN 12

Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Jawapan: Ketam

SOALAN 13

Sakit terkena duri semalu
Ketika menangkap ikan siakap
Kalau adik ingin nak tahu
binatang apa pandai bercakap

Jawapan: Burung Tiung

SOALAN 14

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam apakah itu?

Jawapan: Jarum

SOALAN 15

Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?

Jawapan: Tali pinggang

SOALAN 16

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang lalusendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah akan dibawa

Jawapan: Buah tangan

SOALAN 17

Dari mudik menuju ke muara
Untuk mencari buah kelapa
Tahukah adik binatang apa
Darahnya hitam tulangnya satu?

Jawapan: Sotong

SOALAN 18

Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda,
Bentuk buahnya seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia

Jawapan: Belimbing

SOALAN 19

Pisang emas pisang restali
Bila dimakan manis sekali
Binatang ini kesayangan nabi
Mukanya comel jinak sekali.

Jawapan: Kucing

SOALAN 20

Jatuh di parit lutut berdarah
Sebab habuk masuk ke mata
Binatang ini menghisap darah
Bawa penyakit kepada manusia

Jawapan: Nyamuk

BACA JUGA:

Scammer guna logo PDRM hantar e-mel kononya dikenakan kompaun kepada orang ramai

Empat lembaga hitam curi tumpuan penonton di stadium, “tak tahu nak focus bola ke lembaga tu”

Rupanya ada agenda di sebalik Barbie, “Patutlah dari dulu hingga sekarang masih ramai peminat Barbie”