6 tip pilih cempedak isi banyak yang ramai orang tak tahu!

6 tip pilih cempedak isi banyak yang ramai orang tak tahu!.

CEMPEDAK memang unik dan eksotik. Sekarang tiba musim buah yang mempunyai nama saintifik Artocarpus integer ini.

Sana sini gerai buah-buahan menjualnya. Bau yang cukup harum tepat menggambarkan isinya yang enak dan berlemak.

Sekilogram cempedak boleh mencecah RM8 hingga RM12 manakala sebiji pula RM20 hingga RM30 bergantung kepada saiz dan jenis.

AGAK ‘KERAS’ DAN ‘KAYANGAN’ HARGANYA, JUSTERU TIDAK HAIRANLAH CEMPEDAK GORENG DIJUAL RM2 SEULAS.

Sebelum mengeluarkan wang membeli, pastikan anda tidak rugi dan kempunan dengan memilih cempedak yang banyak isinya serta masak ranum.

Eloklah kita mengikuti kompilasi petua yang dikongsi oleh warganet ini:

6 tip pilih cempedak isi banyak yang ramai orang tak tahu!

BENTUK

Untuk mendapatkan isi yang banyak, pilih buah yang besar dan berbentuk sekata (tidak melengkung).

KULIT

Cempedak yang tegang kulitnya, mempunyai mata besar, berduri (gerutu) lebar atau jarang, insya-ALLAH isinya banyak.

BERAT

Pilih buah yang berat. Biarpun saiz agak kecil, jika berat pasti banyak isi. Buah yang ringan selalunya penuh dengan empulur sahaja.

BERBAU WANGI MENYENGAT

Buah yang mengeluarkan bau wangi biasanya sudah masak ranum.

LEMBUT

Kulit yang lembut menandakan ia sudah masak ranum.

TANGKAI

Cempedak yang masak warnanya sering kekuningan. Justeru, elakkan memilih yang masih hijau. Bahagian tangkai yang berwarna coklat keperangan membawa maksud isinya sudah masak.

KHASIAT CEMPEDAK
1. Baik untuk mata

Buah ini kaya dengan vitamin A. Jika kita selalu mendengar vitamin A terkandung banyak dalam lobak merah, cempedak juga mengandungi vitamin ini. Ia penting dalam mengekalkan kesihatan mata dan kornea.

2. Membantu pergerakan usus

Kandungan serat dalam cempedak boleh membantu meningkatkan kesihatan dan pergerakan usus. Biji cempedak juga mengandungi serat. Ia boleh diproses menjadi tepung sebagai alternatif kepada tepung roti. Ada juga yang memakan bijinya yang telah direbus.

3. Kesihatan jantung

Cempedak mengandungi antioksidan, serat dan vitamin C cempedak yang boleh membantu dalam mengekalkan kesihatan jantung. Potasium pula mampu merendahkan tekanan darah. Vitamin C membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Semua ini membantu meningkatkan kesihatan jantung.

4. Merawat malaria

Buah dan kulitnya mengandungi Artioindonesianidin dan heteriflavon C yang dipercayai dapat mencegah dan merawat demam malaria.

5. Mengawal berat badan

Cempedak memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang lama kerana kandungan serat yang tinggi. Ia mengurangkan rasa ingin makan seterusnya mengurangkan jumlah kalori yang diambil. Bagaimanapun, jika anda mengambilnya dengan banyak setiap hari, jangan terkejut pula kalau berat badan anda meningkat.

Ia membantu memberi rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan lain, bukannya menurunkan berat badan.

baca jugaHarga Barangan Akan Naik 20% Bermula Ogos , Kerajaan Sekarang Buat Apa?