7 petua orang zaman dulu cuci kerang hanya guna bahan semula jadi

7 petua orang zaman dulu cuci kerang hanya guna bahan semula jadi

Tercari-cari petua untuk bersihkan kerang dengan mudah? Maklumlah, kerang ni hidup di kawasan berlumpur jadi agak kotor.

Kerang yang masih bercengkerang memang perlu dibersihkan sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur yang melekat padanya. Jika tidak dicuci, bimbang pula ia akan mencemarkan makanan anda serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti keracunan makanan serta cirit-birit.

7 petua orang zaman dulu cuci kerang hanya guna bahan semula jadi

Petuanya mudah sahaja. Ada pelbagai bahan-bahan semulajadi yang boleh anda guna untuk membersihkan kerang ni. Antaranya ialah:

7 BAHAN INI BOLEH GUNA UNTUK CUCI KERANG

1. SERAI

Ketuk beberapa batang serai dan masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sama paras dengan kerang dan gaul berkali-kali bersama dengan serai tadi. Biarkan selama 20 minit. Toskan air dan bersihkan.

2. HAMPAS KELAPA

Hampas kelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.

3. DAUN UBI

Mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.

4. DAUN BETIK

Sama juga seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.

5. GARAM

Masukkan garam kasar ke dalam besin berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya guna karam kasar.

6. PELEPAH PISANG

Cara ini berkesan untuk membersihkan kulit kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambik batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong 2 bahagian. Masukkan kerang ke dalam besin dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih.

7. ASAM GELUGUR

Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam rendaman kerang. Biarkan selama 1 jam dan bilas hingga bersih.

BACA JUGA:

Tidur pun boleh tinggikan badan! – Ini caranya

Kenderaan pacuan 4 roda nahas cuba lintas landasan kereta api

Tular baru-baru ini di media sosial hukum makan ulat sagu – Ini hukumnya