‘Abang lori’ berjaya selamatkan lelaki hilang selepas COD iPhone, ‘Dia masih trauma..’

Lelaki yang dilaporkan hilang sejak dari 3 Oktober lalu sejurus selepas COD telefon bimbit kepada pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang telah selamat pulang ke pangkuan keluarga, Sinar Harian.

Perkara terbabit telah disahkan oleh ibu saudara mangsa sendiri menerusi akaun Instagram miliknya yang bernama @lameraheyra.

Dalam hantaran tersebut, ibu saudaranya memaklumkan bahawa Muhammad Daniel Haikal yang berusia 27 tahun kembali dalam keadaan selamat.

'Abang lori' berjaya selamatkan lelaki hilang selepas COD iPhone, 'Dia masih trauma..'

Walau bagaimanapun, wanita tersebut telah memaklumkan bahawa muka dan badan anak saudaranya itu berada dalam keadaan teruk serta trauma dengan kejadian yang menimpa terhadap dirinya.

Selain daripada itu, wanita tersebut turut berkongsikan screenshot kenyataan daripada dipercayai sebagai ibu mangsa menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang turut membantu serta mengambil berat tentang keadaan anaknya.

“Alhamdulillah anak saya Muhammad Daniel telah selamat sampai ke rumah dengan selamat…Terima kasih kepada abang lori yang selamatkan anak saya.

“Kepada yang tak berhenti mendoakan anak saya, terima kasih banyak-banyak semoga ALLAH membalas jasa semua yang membantu saya untuk menularkan kes kehilangan anak saya,” tulis ibu mangsa.

BACA :

‘Puas aku yang ditunggang tapi dia yang dijadikan isteri. Aku terkejut bila stalk FB dia’
TMJ sekeluarga terselamat insiden tembakan rambang di Bangkok, 3 terkorban
‘Tadi gambar ni berlegar-legar di media sosial, ini salasilah Najib yang ramai tak tahu’