“Ada kanser tak semestinya bodoh” Wanita penyabar kereta di halang, hon dan jerit lebih 3 jam baru tuan Alza muncul
Terpekik, terlolong macam pontianak.
Kejadian berlaku di siang hari, dilakukan seorang wanita yang menjerit kuat.
Mana tidaknya, wanita berkenaan naik angin apabila keretanya yang diletakkan di sebuah kawasan parkir dihalang oleh sebuah kereta Perodua Alza.
Tidak dinyatakan lokasi, kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan pangsapuri.
Sebuah kereta Alza di kawasan parkir dekat perumahan pangsapuri.
Menerusi satu hantaran di grup Facebook, wanita berkenaan berang apabila tiada individu yang tampil untuk mengalihkan kereta Alza itu meskipun dia telah membunyikan hon berjam-jam sebagai peringatan.
“Dua jam aku hon, tak ada siapa yang datang,” katanya.
Tidak cukup di kawasan pakir, wanita berkenaan bergegas ke aras bawah di sebuah blok pangsapuri dengan menjerit sekuat hati.
“Pemilik Alza, tolonglah keluar. Pemilik Alza, aku dah call towing kalau macam ni,” jeritnya.
Wanita itu mendakwa dia tidak dapat bertahan lagi selepas menunggu selama kira-kira tiga jam.
Kehadiran anggota polis menyelamatkan keadaan.
Menurutnya lagi, dia kemudian mengambil keputusan untuk menghubungi pihak polis setelah jeritannya tidak dipedulikan oleh pemilik kenderaan tersebut.
“Saya jerit dalam 10 minit tapi masih tak keluar. Jadi, saya telefon polis terdekat. Polis sampai je.
“Tak sampai 20 minit, pemilik Alza keluar tak pakai baju. Dia beritahu yang dia lupa, semalam tak ada parking jadi dia parking kat situ.
“Dia minta maaf, dia cakap sakit kanker (kanser),” katanya lagi.
Wanita itu bagaimanapun tidak memarahi pemilik Alza berkenaan.
“Saya ni jenis cepat kasihan. Saya tak marah sikit pun kat dia. Tapi abang polis tu je la yang marah.
“OK selesai. Kawan aku cakap dia sakit, bukan pekak. Betullah kan. Tiga jam menunggu, boleh ke kamu sabar macam aku?” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan pandangan dan berang dengan sikap pemilik Alza berkenaan yang mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain.
Antara komen netizen.
Malah, ada yang memuji kesabaran wanita itu.
“Awak kanser, saya sakit jantung. Balas begitu je. Tak ada akal.
“Ada kanser tak semestinya bodoh. Sabarlah akak.
“Tahniah, anda penyabar.
“Bagus akak boleh tunggu tiga jam. Aku setengah jam tak ada keluar, memang bunyi alarm Alza tu,” komen netizen.
BACA JUGA:
Ketagih main telefon – China hadkan pengunaan telefon bagi remaja dan kanak-kanak
Kegagalan dan tidak kestabilan negara – Myanmar kini melanjutkan tempoh perintah darurat
SPR tak yakin dengan keputusan PRK Parlimen Pulai, masih adakan perbincangan