Baru-baru ini, kecoh di media sosial dengan kontroversi yang melibatkan penyanyi Shila Amzah dan keluarganya.
Walaupun begitu, ibu Shila, Fauziah Sarman, masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini.
Bagi mereka yang mengikuti akaun ibu Shila dengan lebih dekat di bawah nama Mamazie,
Pastinya akan tahu bahawa beliau sering berkongsi kutipan ayat, nasihat, dan kata-kata yang mencerminkan pengalaman hidupnya.
Baru-baru ini, Fauziah Sarman telah berkongsi satu kutipan mengenai “orang yang hebat” dalam salah satu Instagram Storynya.
Kutipan tersebut merujuk kepada individu yang memiliki peluang untuk membalas dendam terhadap pihak lain, tetapi mereka memilih untuk memaafkan.
Video tersebut juga menekankan bahawa tidak perlu untuk membalas dendam kepada individu yang telah menyakiti kita, kerana tindakan itu pada akhirnya tidak akan membezakan diri kita daripada orang yang melakukan kesalahan.
Sehingga kini, Fauziah Sarman masih belum bertemu dengan Shila Amzah selepas konflik yang berkaitan dengan penjualan rumah.
Melalui Instagram Storynya, kita dapat melihat bahawa hari-harinya diisi dengan aktiviti berkongsi ilmu dan bersembang dengan rakan-rakan, seperti Ziela Jalil.
BACA: Gara-gara harga ayam ‘terlajak murah’, pembeli ayam di Pulau Pinang pening tak tahu nak pilih