Aisar Khaled buat hal lagi, tabur kupon dekat peminat mcm bagi ayam makan
Sepotong video yang memaparkan tindakan pempengaruh media sosial, Aisar Khaled membaling sesuatu dipercayai kupon kepada orang ramai telah mendapat kecaman wargamaya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Aisar dilihat sedang berdiri di atas trak kren jenis teleskopik sambil membaling sesuatu yang dipercayai kupon.
Difahamkan, Aisar berbuat demikian kerana mahu berkongsi rezeki kepada orang ramai bersempena dengan ulang tahun ke-23 yang disambutnya baru-baru ini.
Bagaimanapun, tindakan pempengaruh itu telah mendapat reaksi kurang senang wargamaya apabila dikatakan ia kurang sopan meskipun niatnya adalah baik untuk berkongsi rezeki.
Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang menyamakan tindakan Aisar seakan mahu memberi makan pada ayam.
BACA JUGA:
Jangan letak tepung lepas kena minyak panas! ini cara yang lebih selamat
Malaysia tak mahu ternak lembu Australia, trauma penyakit LSD