Aksi adik comel setia tunggu ibu nya mandi sampai tertidur depan tandas bikin netizen terhibur

Mak mak yang mempunyai anak kecil pasti faham betapa susahnya nak bergerak ke mana-mana.

Tambahan pula bila anak kita suka mengekori dan akan mencari-cari si ibu bila hilang dari pandangan.

Lumrah anak kecil yang inginkan perhatian dari orang tua mereka.

Aksi adik comel setia tunggu ibu nya mandi sampai tertidur depan tandas bikin netizen terhibur

Bagi ibu-ibu yang ingin ke tandas juga pasti tidak tenteram.

Pengguna TikTok @sashamichae1 telah berkongsi satu video aksi anaknya yang setia menunggunya di depan tandas.

“Macam ni la selalu kalau tengah mandi dia duk situ diam-diam sampai terlentok,” kapsyennya.

@sashamichae1Siapa geng mak2 yang ada penunggu tiap kali masuk bilik air 😆

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Adik comel itu dilihat setia menunggu si ibu sehingga terlentok kerana mengantuk. Rata-rata netizen terhibur dengan kecomelannya dan berkongsi pengalaman yang sama.

Video itu kini telah ditonton sebab 481600 ribu tontonan dan 19000 ribu tanda suka.

Baca juga:“Belum kahwin dah kena kongkong, tengah kerja nak pi tandas pun kena minta izin, nak cakap dengan bos pun tak boleh”