Malang sungguh bagi ibu-bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah dewasa tetapi lebih malang lagi bagi anak-anak yang terlupa bahawa ibu-bapa mereka telah semakin tua.
Aku ada 5 adik, aku nombor dua. Kakak aku dah takde. Bila dah ramai adik beradik ni wajib ada sistem peraturan yang tak membebankan satu sama lain. Aku cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami.
Bila ayah mak perlukan bantuan, kalau yang empunya giliran tak boleh buat, dia wajib bayar ‘gaji’ pada ahli yang sanggup ambik giliran dia.
Siapa saja boleh beri sejuta alasan untuk mengelak..sibuk kerja la, anak takde orang jagalah, kereta belum servislah, belum gajilah.Ahhh macam2 alasan. Sedangkan mereka berdua tu lah satu-satunya ibu bapa kita.
Mak ayah adalah tanggungjawab bersama untuk jaga kebajikan mereka.Mereka ladang pahala buat kita selagi mereka masih hidup.
Bila tak buat sistem giliran begini, yang bujang la selalu diambil kesempatan. Kena ambik cuti sedangkan dia juga ada komitmen hutang bulanan. Tidak adil untuk dia.
Dan ini bukan kes berkira perihal urusan mak ayah, Aku nak elakkan pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan.
Siapa nak pahala lebih silakan buat. Tapi nak ‘lari’ dari tanggungjawab tak boleh!.
Bila ada sistem giliran begini, tak la keluar ayat, ” ASYIK AKU JE KENA CUTI BILA ADA HAL MAK AYAH”
BACA :