Alfatihah.
Dia satu dalam seribu. Tiada galang ganti.
“Politik ini tenang tenang saja. Time will tell”. Kata Allahyarham Salahuddin Ayub kepada aku.
Bila aku memuji, arwah akan merendah diri.
“Saya hanya kampung boy”
Aku memilih untuk mencatat ini menjelang PRK Pulai yang diwakili Allahyarham Salahuddin Ayub sebelum ini. Begitu juga Dun Simpang Jeram.
Maafkan aku kerana bagi aku, Siapapun penggantinya, untuk menyamai Dan mengikuti semangat arwah mungkin mustahil. Dia terlalu istimewa.
Jika Suhaizan menang, pesan saya, jadikanlah arwah sebagai pemimpin contoh kerana dia memang hebat keperibadian Dan semangatnya.
Semoga Allahyarham kandaku,Salahuddin Ayub tenang dan berehatlah dengan aman di Dunia abadi. Aku sentiasa berdoa untuk kandaku.
Aku memilih untuk memaparkan bicara kami sewaktu hayat Allahyarham yang aku sifatkan sebagai seorang Menteri yang tidak pernah lupa kawan.
Dia kerap menelefon Dan adakalanya jam satu pagi. Dan jika saya menelefon, jarang sekali dia tidak menjawab.
Itu istimewanya Allahyarham Salahuddin Ayub. Kini tiada lagi Menteri yang istimewa seperti ini. Bukan menelefon kita pun tidak pernah malah jika kita hubungi tidak akan dilayannya.
Arwah akan bertanya khabar Dan sentiasa mendengar keluhan Dan kritikan saya demi kebaikan.
Walaupun minggu lepas baru saja kami minum, dia tetap akan bertanya khabar.
Ayat yang paling kerap dilontarkan ialah, “lama kita tak jumpa bila nak minum. Ajak kawan kawan lain”.
Saya bangga kerana arwah akan sentiasa peka dengan apa yang saya tulis di FB atau di mana mana media.
Arwah akan meneliti setiap tulisan saya Dan kalau ada yang kurang jelas sindiran saya, dia akan bertanya, apa maksud saya.
“Terus menulis Dato”.
Sesuatu yang paling istimewa, arwah adalah insan yang kerap menelefon Dan mengajak saya Dan kawan kawan minum sambil berborak mengenai niatnya untuk membantu rakyat yang sedang susah.
Kini aku kehilangan itu semua Dan aku tidak boleh berbohong, Kali pertama air mata aku tumpah untuk seorang Menteri apabila mendapat berita Salahuddin sudah pergi buat selamanya.
Arwah terus dalam ingatanku Dan dialah pemimpin Dan abang yang cukup istimewa.
Alfatihah.
BACA :