Anak-anak suka makan sosej? ini cara mudah buat sosej dirumah

Anak-anak suka makan sosej? ini cara mudah buat sosej dirumah

Sosej merupakan snek yang sangat digemari pelbagai peringkat umur, terutamanya kanak-kanak. Sekiranya, anak-anak anda salah satu daripada mereka, apa kata mama dan papa belajar buat sosej homemade ini di rumah.

Kalau nak tahu resipi sosej homemade yang dikongsikan Puan Rosmirah Yussof ini lebih terjamin kebersihan dan kandungan bahannya. Boleh juga mama papa meletakkan pelbagai jenis bahan yang anak anda suka. Jom belajar buat!

Anak-anak suka makan sosej? ini cara mudah buat sosej dirumah

Esok dah start sekolah mesti mak mak dah mula fikir nak bawakkan bekal apa untuk anak-anak. Jomlah buat sosej sendiri, lebih terjamin kebersihan dan kandungannya. Resepinya saya kongsi untuk manfaat bersama.

Bahan-bahan:

4 ketul dada ayam
1/2 batang lobak merah potong nipis (boleh masukkan sayur lain jika suka)
3 batang daun sup
1 ulas bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
1 sudu stok ayam (boleh guna 1 ketul kiub ayam)
Sebiji telur
3 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh daun oregano
Sedikit serbuk lada hitam

Cara penyediaan adunan:

Campurkan semua bahan dalam blender dan kisar sampai lumat.
Bahan yang telah siap dikisar, kalau agak pekat sangat boleh tambah sedikit air untuk memudahkan dipaipkan dalam plastik.
Kaub balikkan supaya ia sebati.

Bungkusan adunan dalam plastik aiskrim:

Masukkan dalam plastik. Masuk separuh jangan penuh takut nanti terkeluar ikut belakang.
Gunting bahagian hujung plastik.

Picitkan dalam plastik aiskrim. Pastikan hujung lagi satu plastik aiskrim dipotong supaya tiada tekanan udara dan memudahkan adunan dimasukkan.
Ikat kedua-dua hujung plastik aiskrim.

Adunan dalam daun pisang:

Bagi yang tak suka guna plastik boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.
Paipkan adunan memanjang ikut kesesuaian. Gulung adunan dan ikat bahagian hujung kanan kirim daun.

Masukkan kedua-dua jenis adunan ke dalam pengukus dan kukus dalam 15-20 minit.
Setelah siap boleh diangkat dan sejukkan.

Buka pembalut sosej. Panaskan minyak dan boleh digoreng.
Goreng dan balik-balikkan sampai kekuningan. Boleh juga di grill atau bakar dalam oven.
Sosej yang telah siap digoreng, jika lebih bolehlah simpan dalam bekas dan difrozenkan.

BACA JUGA:

Whatsapp kini naik taraf panggilan video, ciri baru seperti Google Meet

Wanita tak tahan 8 tahun diganggu lelaki gila seks sampai ikut ke UK!

Bintang bola sepak dunia Karim Benzema dan Sadio Mane tunaikan ibadah umrah di Makkah