Baru-baru ini juga menerusi TikTok seorang wanita, dia sempat berkongsikan detik-detik hitam sewaktu kesihatan anak perempuannya terjejas gara-gara tabiat suaminya yang menghisap Vape Pods.
Menurutnya, dia sudah penat berkali-kali ingatkan lelaki berkenaan agar tidak menghisap Pods jika anak sedang ada berdekatan.
Cakap dengan Pok (bapa) dok faham bahasa…Sekarang hisap depan-depan kena halau
Akan tetapi, teguran itu tidak didengari umpama masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri. Ibu bapa mana yang tidak risau apabila melihat keadaan anak jadi teruk begitu.
Dapat disaksikan daripada beberapa gambar yang dikongsikan ibu ini ketika berada di pusat perubatan, sistem pernafasan anaknya terjejas sehingga terp4ksa diberikan rawatan nebulizer.
letih jaga pok dari anok,ckp ngn pok dok faham bhasa ckp ngn anok lagi la dok faham.Alhamdulilah skrang kalu isap pod depan ank awal awal kene halauuu.
Anak saya pernah macam ni, 5 hari masuk ICU…Kita yang penat jaga
Melalui ruangan komen, rupanya ramai wanita berkongsikan dilema sama. Apabila ditegur, ada pula suami akan melenting sehingga menyebabkan pertengkaran berlaku .
BACA :