Anwar dikhianati ahli bekas UMNO undi musuh
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli UMNO dan bekas ahli parti itu supaya tidak sama sekali memberikan undi mereka kepada musuh.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tindakan ahli UMNO mahupun bekas ahli UMNO mengundi musuh adalah satu pengkhianatan besar terhadap parti itu.
“Satu undi daripada mantan ataupun ahli UMNO kepada musuh (parti pembangkang) adalah pengkhianatan besar kepada bangsa, parti dan agama. Itu fahaman dan keyakinan kita.
“Bagi kita Islam itu lebih baik dimartabatkan dalam negara yang pelbagai kaum ini dengan pendekatan kita. Kalau bawah mereka itu lebih menakutkan dan negara tidak mampu, negara pelbagai kaum dan agama tidak mampu melihat bibit perpecahan dengan UMNO,” katanya.
Anwar berkata sedemikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Guar Chempedak di sini pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin parti bertanggungjawab menerangkan kepada ahli UMNO supaya tidak mendengar nasihat musuh sekiranya ingin menyelamatkan parti dan negara.
Anwar menyampaikan bendera parti kepada Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar semasa gimik Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Kedah di Padang Awam Guar Chempedak pada malam Sabtu. –
“Ini ada mantan menteri UMNO dengar bisikan musuh konon tak ada pilihan untuk selamatkan UMNO kena bersama Pas. Ini fatwa apa?
BACA JUGA :
Kerajaan melaburkan RM100juta kepada rakyat – Fuziah
Segala kesalahan PRN akan berakhir di mahkamah – Ketua Polis Negara beri amaran keras
Waw! Myvi king kini menjelajah Jepun , adakah Myvi akan jadi king di Jepun? ini jawapannya..