Anwar fokus pembangunan ekonomi di kedah, tak hiraukan kritikan Sanusi “Kedah antara negeri paling miskin di negara ini”
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menghiraukan kritikan terhadapnya oleh Menteri Besar Kedah Sanusi Nor kerana mahu memfokuskan pelan pembangunan ekonomi di negeri itu.
Kata Anwar, Kedah antara negeri paling miskin di negara ini dan satu langkah segera perlu diambil untuk meningkatkan taraf hidup penduduknya seperti menarik kedatangan pelabur.
“Saya bawa pelaburan ke Kulim… Mereka (pelabur) datang dan berunding dengan saya dah 13 bulan sekarang, bukan dengan kamu (Sanusi),” katanya dalam satu ceramah di Kulim.
Semalam, Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan syarikat untuk membina kilang di Kulim bagi mengeluarkan 200 milimeter (mm) Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia dengan pelaburan tambahan sebanyak RM25 bilion dalam tempoh lima tahun
Dalam ucapannya Anwar berkata, keputusan syarikat itu meningkatkan pelaburan di Kulim adalah kerana firma itu yakin dengan kestabilan kerajaan perpaduan.
Kata Anwar, beliau pernah dicerca Sanusi sebelum menjadi perdana menteri lagi dan beliau berdepan cercaan selama dua dekad ketika menjadi pemimpin pembangkang.
“Selama 25 tahun saya dicerca setiap hari tetapi apa tindakan kita itu yang paling penting.
“Nak menang, nak memimpin bukan dengan jerit dan maki orang. Kita perlukan seseorang yang boleh buat kerja, dan boleh berbincang dengan kerajaan persekutuan,” katanya.
BACA JUGA:
“Tinggal 30 peratus tanah rancangan Felda yang masih hidup” – Dato Mazlan
“Ditinggal lepas 3 kali keguguran dan mandul” Rupanya ada kisah lain