Anwar Ibrahim hadiahkan Sultan Brunei Stereng F1, “Susahnya nak bagi hadiah dekat orang yang dah ada semua benda” – Netizen
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah cukup dikenali di kalangan peminat automotif dunia sebagai seorang pengumpul kereta tegar. Sehinggakan ada laporan menyatakan nilai keseluruhan jumlah koleksi kereta dimilikinya melebihi nilai kelab bola sepak Manchester United.
Pada malam semalam, 3 Ogos, Sultan Brunei berkenan menghadiri majlis makan malam dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Ketibaan Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha kira-kira jam 8 malam disambut Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Apa yang mencuri tumpuan ramai apabila Sultan Brunei menerima hadiah daripada Anwar Ibrahim berupa sebuah stereng kereta Formula 1 semasa lawatan rasminya.
Menerusi video TikTok yang dikongsikan @jason.yew, reaksi ketua negara Brunei itu nampak sangat teruja dan gembira apabila menerima hadiah tersebut.
Orang ramai tumpang gembira sama melihat keakraban kedua-dua pemimpin negara yang jelas terpampang pada wajah masing-masing.
Pada masa sama netizen juga terkejut, tidak menyangka Anwar Ibrahim akan memberikan sebuah stereng F1 sebagai hadiah kepada tetamunya.
Terdahulu, Sultan Brunei mengadakan lawatan ke Malaysia mulai 2 hingga 4 Ogos ini sempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) kali ke-24 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
BACA JUGA:
20 koleksi teka-teki pecah kepala nak cari jawapan! Susah betul
Scammer guna logo PDRM hantar e-mel kononya dikenakan kompaun kepada orang ramai
Empat lembaga hitam curi tumpuan penonton di stadium, “tak tahu nak focus bola ke lembaga tu”