Anwar sindir ramalan Tun M mengenai PRN

Anwar sindir ramalan Tun M mengenai PRN

Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim menyifatkan ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Perikatan Nasional (PN) mampu meraih kemenangan 5-1 dalam pilihan raya negeri (PRN) sekadar ‘angan-angan’.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yakin gabungan bersama PH dan Barisan Nasional (BN) mampu mencipta kejutan pada PRN, 12 Ogos depan.

Anwar sindir ramalan Tun M mengenai PRN

“Dia (Mahathir) rasa mereka (PN) akan menang 5-1. Itu jangkaan dia.

“Masa dia bertanding di Langkawi dulu (Pilihan Raya Umum Ke-15), dia kata boleh menang besar.

“Tapi bila keluar keputusan, dia hilang deposit. Sekarang dia kata mereka akan menang 5-1.

“Belajarlah dari pengalaman, bila dia kata menang besar, dia hilang deposit. Insya-Allah, kejutan akan berlaku dalam PRN kali ini,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sentuhan Kasih Desa Terengganu di Kompleks Sukan Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah di Dungun hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Datuk Seri Dr Ahmad Said.

Sebelum ini, Mahathir ketika berucap pada Perhimpunan Hari Perniagaan Sosial Ke-13 di Kedah dilapor berkata, PN mempunyai potensi baik untuk mengekalkan kuasa di Kelantan, Terengganu, Kedah dan merampas Selangor serta Negeri Sembilan, namun tidak dapat menembusi Pulau Pinang.

Bekas Perdana Menteri tersebut berkata, jangkaannya itu berdasarkan perubahan sentimen yang diperlihat daripada kalangan pengundi yang lanjut usia, khususnya orang Melayu di luar bandar.

BACA JUGA:

Ramai rakyat Malaysia terlepas pandang rupanya ayam tebuk tak halal – JAIS

5 buah yang biasa kita makan rupanya berasal dari surga, terbukti khasiatnya…

Wahai para lelaki, anda perlu tahu 7 cara memikat hati wanita dengan mudah dan berkesan. Ada rahsianya!