‘Apartment tapi feeling kondo’, penduduk bengang terpaksa beratur panjang macam nak masuk kilang

Semalam, sebuah video di TikTok viral memaparkan penduduk di sebuah apartment terpaksa beratur panjang sebelum dibenarkan masuk ke kawasan tersebut.

Kejadian ini dikatakan berlaku semasa para penduduk pulang dari kerja.

Pemilik video memberitahu bahawa sebelum ini, rider penghantar makanan pernah menghadapi situasi serupa

'Apartment tapi feeling kondo', penduduk bengang terpaksa beratur panjang macam nak masuk kilang

dan kali ini semua penduduk perlu beratur panjang untuk memasuki kawasan kediaman tersebut

. Dalam kapsyen video, dia menyebut, “Bila Mentari Court feeling2 kondo. Hari tu buat naya food panda & grab.

Kali ni semua penduduk. Terbaik… dengan lif rosak memanjang blok A…”

@firdausnor22Bila Mentari Court feeling2 kondo. Hari tu bt naya food panda & grab. Kali ni semua penduduk. Terbaik 👍🏻 dgn lift rosak memanjang blok A. foreigner bersepah siap beranak pinak.♬ original sound – Mohd Azil Shah Hashim

Walaupun ada netizen yang menyuarakan masalah fasiliti apartment, sebahagian daripada mereka tetap memuji keadaan yang bersih dan teratur.

Mentari 1

Pemilik video kemudian memuat naik satu lagi video yang memaparkan notis daripada pihak pengurusan apartment.

@firdausnor22 Replying to @Macxy Darwin ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Dalam notis tersebut, pengurusan Mentari Court memaklumkan mengenai sistem palang automatik pejalan kaki yang akan diaktifkan sepenuhnya pada 2 Disember 2023, jam 10 pagi. Percubaan sistem ini dilakukan pada 16 November 2023, seperti yang berlaku semalam.

Penduduk dikehendaki mendapatkan kad pejalan kaki di pejabat pengurusan untuk memudahkan urusan keluar dan masuk pintu utama.

Terdapat netizen yang menyuarakan ketidakpuasan hati kerana notis itu dikeluarkan hanya dua hari sebelum tempoh percubaan bermula.

Beberapa juga mengambil kira kemungkinan kesulitan jika hujan pada masa tersebut.

BACA: Pokok biasa tapi rupanya harga pokok keladi ini mencecah RM200,000 sepokok