Azilal, Magribi catat 24 orang maut secara tragis dalam kemalangan jalan raya
Pihak berkuasa berkata, mangsa terbunuh apabila bas mini yang membawa penumpang ke pasar mingguan di bandar Demnate terbalik di selekoh.
Tambahnya, pihak berkuasa juga sudah memulakan siasatan.
Kemalangan kerap berlaku di jalan raya Maghribi dan negara-negara Afrika Utara lain, yang menyaksikan beribu-ribu kematian akibat kemalangan jalan raya pada setiap tahun.
Rakyat yang miskin menggunakan kereta api dan bas mini untuk melakukan perjalanan di kawasan luar bandar.
Pada Ogos tahun lalu, 23 orang terbunuh manakala 36 cedera apabila bas mereka terbalik di selekoh timur ibu kota ekonomi Maghribi, Casablanca.
Menurut Agensi Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan, purata 3,500 kematian jalan raya dan 12,000 kecederaan direkodkan setiap tahun di Maghribi, dengan purata 10 kematian setiap hari, malah angka tahun lalu adalah sekitar 3,200 kematian.
Pihak berkuasa juga beriltizam untuk mengurangkan separuh kadar kematian menjelang 2026 sejak kemalangan bas terburuk dalam sejarah negara yang mengakibatkan 42 maut pada 2012.
Pada 19 Julai lalu, di negara jiran Algeria, seramai 34 orang terbunuh apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah trak pikap yang membawa tong minyak dan terbakar, di wilayah selatan Sahara.
Agensi pertahanan awam Algeria, berkata jalan raya paling dahsyat di negara Afrika Utara itu dalam beberapa tahun turut menyebabkan 12 yang lain cedera, yang kebanyakannya melecur teruk.
Pegawai, Samir Bouchehit, berkata trak itu membawa tin petrol dan memandu di sebelah jalan yang salah.
Jalan raya Libya juga disenaraikan antara yang paling berbahaya di dunia.
Jabatan trafik Kementerian Dalam Negeri Libya merekodkan sebanyak 4,115 kemalangan jalan raya di seluruh negara pada 2018, mengakibatkan 2,500 orang terkorban dan lebih 3,000 yang lain cedera.
Salah satu kemalangan jalan raya paling teruk di Tunisia pula berlaku pada 2019 apabila sekurang-kurangnya 24 rakyat Tunisia terbunuh dan 18 cedera apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung.
Menurut angka rasmi, kira-kira 7,000 orang kehilangan nyawa mereka di jalan raya Mesir, negara paling ramai penduduk di dunia Arab, pada 2020.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia, Sudan mencatatkan kira-kira 10,000 kematian trafik tahunan antara 2016 dan 2019.
BACA JUGA:
Mahathir bebas daripada belenggu kesakitan
Jabatan Imigresen Malaysia menahan pendatang asing tanpa izin seramai 425 termasuk kanak-kanak
PM Anwar rancang buka sekolah untuk anak golongan paling miskin