Baddrol Bakhtiar dipertikai tiada bakat dalam politik

Baddrol Bakhtiar dipertikai tiada bakat dalam politik

Selepas kemampuannya dalam politik dipertikai termasuk didakwa sekadar layak beraksi di padang bola, bekas kapten skuad Helang Merah, Baddrol Bakhtiar, berazam membuktikan pandangan pihak terbabit silap.

Tidak sedikit pun berkecil hati, beliau berkata, segala kata-kata itu sebaliknya membuatkannya lebih bersemangat untuk terus berkempen sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Baddrol Bakhtiar dipertikai tiada bakat dalam politik

Beliau berkata, hatinya kini tekad membuktikan kepada semua bahawa keputusannya terjun ke bidang politik dan bertanding dalam PRN ini satu langkah tepat..

“Saya menganggap ini (kata-kata memperkecilkan kemampuannya) sebagai motivasi untuk saya memperjuangkan rakyat Kedah, memperjuangkan belia dan untuk semua masyarakat Cina dan India di Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Santai bersama penduduk Kuala Kedah, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Baddrol percaya pengalamannya dalam menghadapi cabaran sebagai pemain bola sepak profesional akan membantunya dalam kempen sebagai calon PRN.

“Sebelum ini, bermain bola sepak agak mencabar. Begitulah saya melihat politik, saya akan memimpin sama seperti saya memimpin rakan sepasukan di atas padang sebelum ini,” katanya.

Sementara itu Baddrol mengakui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor antara yang turut membimbing beliau untuk membuat persiapan menghadapi PRN ini.

Malah, katanya, beliau belajar lebih banyak mengenai politik sejak berpindah ke Sabah dengan Sanusi menjadi tokoh yang memberi inspirasi kepadanya.

“Beliau banyak mengajar saya berkaitan politik. Beliau memberitahu saya politik bukan seperti bola sepak.

“Dalam bola sepak, selama 90 minit anda akan penat, tetapi dalam politik ia 24 jam setiap hari,” katanya.

Baddrol akan berdepan saingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Mohammed Firdaus Johari.

BACA JUGA:

Pasangan miskin tiba-tiba pakai iPhone 14, rupanya kantoi jual bayi sendiri berusia 8 bulan

Shakilla Khoriri beri penjelasan foto didakwa berzina bersama suami orang

Anwar dakwa Muhyiddin salah guna duit baiki Seri Perdana bernilai RM38 juta