“Bang, company kitorang berjaya cipta enjin kereta guna 100 peratus bahan bakar air bang!”
“Betul ni bang. Kitorang berjaya pecahkan air jadi oksigen dan hidrogen bang. Hidrogen tu lepas tu kitorang buat jadi bahan bakar. Bijakkan bang?”
“Teknik ni dirahsiakan dari semua company kereta lain bang. Kalau diorang tahu diorang hantar orang sabotaj bang, sebab kacau bisnes enjin petrol diorang! Diorang mana boleh tengok bangsa kita berjaya!”
“Jadi bang, abanglah harapan nak jayakan ciptaan ni. Abang boleh invest, ada 3 pakej bang, silver, gold, platinum…”
Dah 2023 pun dok dengar lagi orang kata boleh buat enjin yang berfungsi guna 100 peratus air sebagai bahan bakar. Korang cucuh je paip air dalam tangki, kereta korang gerak wey!
Tuan puan, claim kata orang berjaya cipta enjin air ni dah ada dari tahun 1935 lagi. Dah nak 100 tahun dah. Berapa puluh orang dah last2 kena tangkap sebab buat investment fraud rupa gini.
Iya, betul, hidrogen itu adalah bahan mudah terbakar, dan air mengandungi hidrogen dan oksigen.
Tapi proses (elektrolisis) untuk memisahkan kedua molekul itu daripada air sentiasa memerlukan lebih banyak tenaga daripada tenaga yang dihasilkan daripada pembakaran hidrogen.
Itu belum kira tenaga yang terbazir dalam proses penukaran lagi.
Halangan terbesar penggunaan enjin air adalah hukum fizik, iaitu hukum termodinamik. Salesman teknologi enjin air ni kena ubah dulu hukum fizik baru boleh jual produk dia.
Atau dia kena grad sekolah Harry Potter dulu.
Itulah pentingnya korang belajar pasal enjin. Antara lain tak mudah kena scam.
BACA :