Banglo Mewah Di Kedah Ini Sedia Dilelong Dengan Harga RM11 Juta

Sebut mengenai rumah lelong, sudah pastinya rumah tersebut sering kali hadir dengan harga mampu milik di mana para pembeli berpeluang membuat bidaan bagi menjadi pemilik terbaru.

Terletak di lokasi elit di Kulim, dilihat hadir dengan rekaan yang moden beserta kolam renang pada bahagian tepi rumah. Landskap yang dijaga rapi sekaligus membuatkan rumah ini kelihatan kemas.

Berdasarkan semakan di ruangan komen Facebook Muhammad Ishaq, terdapat netizen yang memaklumkan pemilik rumah agam ini merupakan seorang kontraktor dan pemaju. Tidak kurang yang terkejut rumah mewah seperti ini juga berpeluang untuk berada dalam senarai lelongan awam.

Rumah mewah di Kulim, Kedah ini sedia untuk dilelong secara rasmi pada 1 Ogos 2023. Mereka yang berminat perlu menyediakan wang deposit 10% bersamaan RM1.1 juta sebagai tanda berminat untuk mendapatkan rumah mewah ini.