Banjir kilat kerap berlaku dan meragut nyawa lebih 10 orang
Sekurang-kurangnya 12 mangsa maut dan kira-kira 40 lagi hilang akibat banjir kilat selepas hujan lebat di Afghanistan.
Jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata bantuan segera dikerahkan ke zon bencana di daerah Jalrez di wilayah Maidan Wardak.
“Dukacita dimaklumkan kami menerima maklumat bahawa 12 rakyat kita syahid dan 40 lagi hilang. Bencana ini juga menyebabkan kerugian dari segi kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Meskipun Afghanistan terletak di hujung barat dalam jejak musim tengkujuh di Asia, banjir kilat masih berlaku secara kerap ketika musim itu.
BACA JUGA:
Nasa tidak sedar asteroid sebesar Menara Condong Pisa hampiri bumi
Salahuddin stabil, akan tetapi masih di ICU
Kuaters polis Selangor dapat peruntukan, “lama dah kami tunggu”