Baru kahwin 3 hari, isteri lari lepas dapat tahu gaji suami bawah RM1200

Gara-gara gaji suami kurang daripada RM1,200, seorang wanita di China tekad larikan diri selepas tiga hari bergelar isteri akibat kecewa kerana menyedari jumlah pendapatan tersebut tidak dapat menampung keperluan mereka, lapor Liputan6.

Difahamkan, pasangan tersebut bertemu melalui perkahwinan terancang pada tiga tahun lalu namun jarang bertemu antara satu sama lain.

Pun begitu, perkahwinan mereka masih diteruskan selepas pihak keluarga perempuan memberi desakan supaya ia dipercepatkan.

Baru kahwin 3 hari, isteri lari lepas dapat tahu gaji suami bawah RM1200

Meskipun keluarga memberi asakan yang kuat, namun perasaan tidak boleh menipu.

Pengantin perempuan mengatakan dia tidak mempunyai perasaan istimewa kepada lelaki tersebut, tetapi siapa sahaja yang boleh menolak permintaan keluarga?

Akhirnya, mereka memilih untuk meneruskan perkahwinan atas dasar permintaan keluarga yang mengatakan perasaan akan mula tumbuh apabila berkahwin.

Semasa hari pernikahan, pengantin perempuan mula bertanya berapakah gaji suaminya kerana mahu merancang kewangan rumah tangga mereka.

Suaminya teragak-agak untuk mendedahkan jumlah pendapatan namun setelah keberanian dikumpulkan dia menjawab pertanyaan yang ditanya oleh isterinya.

“Saya seorang pekerja bermusim di syarikat, gaji saya sekitar RM1,170 sebulan,” katanya.

Jawapan si suami sememangnya di luar jangkaan wanita itu dan selepas tiga hari, dia mula mengemas pakaiannya dengan alasan mahu pulang melawat keluarganya tetapi sejak itu dia tidak pulang ke rumah suaminya.

Si suami memujuknya untuk pulang ke rumah berkali-kali namun wanita itu selalu memberi alasan dia merindui ibu bapanya.

Perkara itu membuatkan lelaki tersebut berasa tidak hati dan sebulan telah berlalu, isterinya masih belum pulang, lalu dia mula menyedari betapa seriusnya kejadian itu.

Walaupun lelaki itu sangat marah dan sakit hati dengan isterinya namun dia masih usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Setiap kali cuti, dia menghantar wang kepada isterinya dengan harapan dapat mengeratkan kembali hubungan mereka.
Wanita itu dengan gembira menerima sebuah sampul merah daripada suaminya tetapi tidak berniat untuk kembali kepadanya.

Lama-kelamaan, lelaki tersebut mengetahui bahawa isterinya telah menggunakan wang yang dihantar untuk membeli sebuah kereta.

Isterinya telah mendaftarkan kenderaan tersebut atas nama bapanya dan kejadian itu membuatkan lelaki terbabit memfailkan perceraian di mahkamah.

Dia tidak lagi dapat menyembunyikan perasaan kecewanya dan memilih untuk tidak berharap kepada isterinya.

PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM

BACA :

‘Pagi makan nasi, tengah hari hanya jamah lempeng cecah sambal atau sardin. Tak mampu beli beras..’
‘Gaji aku 600 je, isteri tak bekerja. Sampai masa takde duit nak beli lauk. Isteri aku bijak, sayur kangkung dia buat jadi 3 jenis lauk. Mengalir air mata, aku malu dekat anak-anak..’
‘Bila masa pulak dia kahwin? Dia tak pernah kahwin. Dia bujang sampai ke tua. Rupa-rupanya orang yang aku anggap wujud takde pun..’