Beli rumah dapat percuma 3,684 jiran, ‘Tak semua hartanah naik harga, salah beli hidup merana nantinya’

ADA JIRAN 3,684!

1. Projek ala ‘mini Hong Kong’ ini telah siap dan dijual pada harga RM459k seunit.

2. Jumlah unit yang dibina oleh pemaju terkenal tanah air ini adalah 3,684 unit.

3. Setiap blok ini memiliki ketinggian 50 tingkat dan terdapat 5 blok keseluruhannya.

Beli rumah dapat percuma 3,684 jiran, 'Tak semua hartanah naik harga, salah beli hidup merana nantinya'

4. Terdapat 2 type layout kediaman dengan keluasan Type A hanya 850 sf dengan 3 bilik. Bagi Type B hanya 1000 sf dengan 4 bilik.

5. Laluan koridor hanya selebar 5 kaki dan tanpa balcony agak sempit dan tidak manusiawi.

6. Bayaran selenggara setiap bulan bagi unit keluasan ini sekitar RM290-RM350 sebulan dan perlu bayar sampai bila bila!

7. Dengan kepadatan yang tinggi seperti ini, gaya mewah akan hilang. Sedangkan bayar harga hampir setengah juta.

8. Menariknya, unit ini telah mula memasuki pasaran lelong sedangkan unit yang baru masih belum habis dijual. Jika loan 30 tahun, jumlah bayaran pada bank RM1.5 juta setidaknya.

9. Dalam perkongsian laman sesawang Auctionpro.my terdapat 2 unit akan dilelong dalam masa terdekat pada harga RM340,000 setelah 2 kali lelongan tiada pembeli.

10. Saya kira unit ini akan turun 2 kali lagi baru akan ada pembeli yang akan mula membida.

Kawan kawan,

Dalam teruja membeli hartanah jangan tersalah beli.

Tak semua hartanah naik harga, ada juga hartanah yang menjunam harganya.

Salah beli hidup merana nantinya.

BACA :

Selepas sebulan haramkan Abaya, Perancis kini dilanda wabak kutu busuk
‘Datuk Seri Sheikh dah tak ada… Semoga kebaikan beliau membelanjakan harta yang bukan sedikit untuk rumah tahfiz Al-Quran itu mendapat balasan syurga’
‘Suami aku kena cekup dengan kerani 50 tahun dalam stor, dia cakap dia jadi bacul sebab saya..’