‘Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri’

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

'Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri'

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.

Di tangan anak.

Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.

Dan rezeki itu hak Allah.

Yakin.

Yakin.

Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.

Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh

Jangan ribut belum ada zuriat

Jangan sedih hanya kerana beranak sorang

Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki

Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.

Dan Allah itu adil.

Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata

Allah ada.

Jangan takut…

BACA :

Wanita kongsi resipi nasi lemak kuning arwah mak, bungkus surat khabar rasa macam dekat kampung
‘Tadi saya beli air kelapa di tepi jalan, ini pertama kali saya jumpa penjual kelapa yang sebegini jujur’
‘Macam mana dia boleh post-post rindu dengan wife dia tapi dalam masa sama duk berkasih sayang dengan si Farah, muka nerd tapi perangai…’