Berdarah kepala akibat tiang shutter A&W, ‘Niat nak belanja anak A&W tak kesampaian’

BERDARAH KEPALA AKIBAT TIANG SHUTTER A&W

Niat nak belanja anak makan A&W petang Sabtu tidak kesampaian.

Pada hari Sabtu ,07/10/2023 jam 0400 petang, alkisahnya, selepas settle urusan pembelian di beberapa kedai di Pusat Komersial TSB Sungai Buloh, kami 3 beranak (saya, suami dan anak 8tahun) menuju ke premis makanan segera A&W.

Berdarah kepala akibat tiang shutter A&W, 'Niat nak belanja anak A&W tak kesampaian'

No photo description available.

Lebih kurang jam 0405++ petang, kami parking kereta di hadapan kedai elektrik HLK bersebelahan A&W. Kami turun dan menuju ke premis A&W.

Bermulalah kejadian yang tidak diingini

Saya bersama anak berjalan disebelah kiri (kaki lima bangunan), sementara suami berjalan dibahagian kanan (luar kaki lima bangunan)

Ketika saya menghampiri premis A&W TSB Sungai Buloh, suami yang ketika itu berada disebelah kanan memanggil nama saya dengan kuat. Saya menoleh ke arah suami. Ketika itu, saya melihat suami memegang bahagian kiri kepala.

Saya terus mendapatkan suami yang ketika itu menutup bahagian kiri kepala dengan tangannya. Saya memberanikan diri melihat kepala suami dan saya terkejut melihat darah memenuhi rambut dikiri kepala. Saya terus cakap ” darah, darah, luka ni”

Saya dapati terdapat kesan belahan yang panjang di bahagian kiri kepala. Darah mengalir dengan banyak memenuhi tangan suami .

Dalam situasi panik, saya menjerit kepada staff Kedai elektrik yang ketika itu ada diluar kedai.

” Tolong saya, tolong” dalam keadaan menggigil.

Kami telah meminta tisu dari staff kedai itu dan salah seorang staff HLK berlari mengambil tisu.

Ketika itu saya terpandang satu tiang besi shutter yang panjang dilantai ditempat kejadian. Tiang itu telah terjatuh dari tempat yang disandarkan( tiang batu) dihadapan kedai.

Dengan suara agak kuat dan panik, saya bertanya kepada staff HLK tu ” Ini tiang kamu punya ke?”

Soalan saya dijawab dengan jawapan ” Ini bukan kedai kami punya, ini A&W sebelah punya”

Staff HLK memaklumkan bahawa tiang itu milik pihak A&W TSB yang bersebelahan kedai mereka.

Staff HLK berlari kedalam premis A&W yang bersebelahan dan memakmlumkan kejadian ini kepada staff A&W.

Ketika itu, saya melihat staff A&W berlari keluar dari premis dan cepat-cepat mengangkat tiang shutter itu dan menyimpannya di dalam pagar bersebelahan premis.

Kejadian ini jelas menunjukkam kecuaian pihak A&W TSB SgBuloh yang menyandarkan tiang shutter secara menegak ditiang batu kedai.

Tanpa membuang masa, saya terus bergegas membawa suami ke Hospital Sungai Buloh bahagian kecemasan untuk mendapatkan rawatan.

Kecuaian ini telah menyebabkan pendarahan dikiri kepala suami. Ekoran kejadian ini, suami telah menerima 7 jahitan dibahagian kiri kepala.

Xray telah dibuat bagi mengesan sekiranya terdapat kesan retakan akibat hentakan kuat besi shutter pada kepala suami.

Kejadian ini boleh dielakkan jika pihak A&W menitikberatkan keselamatan. Tiang besi shutter ini tidak sepatutnya disandarkan pada tiang batu dihadapan premis dalam keadaan macam itu sahaja.

Sepatutnya tiang shutter itu disimpan ditempat yang selamat dan bukannya disandarkan pada tiang batu laluan utama pejalan kaki (kaki lima premis). Malahan ia disandarkan begitu sahaja dalam keadaan menegak.

Tiang itu berat dan agak bahaya ( tajam dibahagian hujung). Tinggi risikonya jika terjatuh.

Pihak A&W seharusnya mengutamakan keselamatan pengunjung di deretan kedai itu.Tiang besi itu TIDAK SEPATUTNYA diletakkan ditiang batu itu kerana laluan itu merupakan laluan utama pejalan kaki.

A&W merupakan premis yang menyediakan service makanan dan menjadi tumpuan para pelanggan terutama ibubapa yang membawa anak-anak.

Bayangkan jika tiang itu dilanggar oleh anak kecil..Bayangkan jika ia terjatuh dan terkena anak kecil?Padah risikonya.

Kenapalah pihak staff A&W tidak boleh memikirkan tentang itu dan tidak mengutamakan keselamatan pelanggan. Kejadian yang menimpa suami saya ini merupakan KECUAIAN PIHAK A&W.

Lebih kurang jam 08malam, urusan di Hospital selesai. Kami terus ke IPD Sungai Buloh di Jalan Welfare untuk membuat laporan polis berkenaan kejadian ini.

Saya berharap pihak A&W TSB (Sungai Buloh) mengambil pengajaran dan iktibar dari kejadian ini.

Saya juga berharap pihak A&W bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian yang menimpa suami saya.

Rakaman video, gambar kecederaan, laporan polis dan bukti penerimaan rawatan adalah seperti dilampirkan.

Tidak lupa jutaan terima kasih untuk staff HLK yang membantu kami ketika kejadian.

Kami sedia dihubungi di talian

010-2488021(Ilyani) dan

011-2666 9778 (Jasri) a.k.a.mangsa kejadian.

Jadikan pengajaran untuk semua peniaga.

Semoga kejadian ini tidak berulang.

Sekian. Terima kasih

*Boleh share post ni untuk peringatan bersama

BACA :

TMJ sekeluarga terselamat insiden tembakan rambang di Bangkok, 3 terkorban
Modus operandi kartel beras dibongkar, ‘Inilah antara pengkhianat yang menekan rakyat’
Khairul Aming dedah sebab sebenar kenapa tak mahu beli kereta mewah walau bergelar jutawan