‘Betul, dia tiada rumah.. tapi dia ada kilang.. kilang dia adalah aset dia’

Betul, dia tiada rumah.. tapi dalam video dia ada maklum dia ada kilang.. kilang dia adalah aset dia kerana itulah tempat dia menjana income. Income dari perniagaan dia jalankan..

Bagi ramai orang yang tiada perniagaan, apa je pelaburan yang boleh diceburi? Ikut beli kilang? Tak kan? Jadi pemilihan rumah je lah jalan selamat bagi kebanyakkan orang untuk dijadikan aset.

'Betul, dia tiada rumah.. tapi dia ada kilang.. kilang dia adalah aset dia'

Jadi page ni tak perlu nganj*ng gaji ciput ke tinggi ke untuk orang ada rumah sendiri, sekurang-kurang selepas mereka struggle kumpul deposit, mereka tak salah tempat untuk melabur.. dari skim skim yang tidak sah atau pelaburan yang tidak dijamin.

Saya terus respek orang yang bergaji kecil tapi bercita-cita memiliki rumah buat keluarga kecil mereka, tiada masalah, teruskan niat tersebut..

Khairulaming sendiri cakap dalam video tu, jika suatu hari beliau dah tak jalan perniagaan ke, dia dah takde ke, ahli keluarga boleh jual mesin atau apa apa aset yang ada, jadi kalau marhaen macam aku ni.. tak beli rumah, apa je waris aku dapat jual jika dah tiada?

Jadi apa pun pilihan kita, jangan sesekali mengalah.. rezeki tu pasti.. cuma belum tahu dalam bentuk apa dan bila dilimpahkan kepada insan Dia tentukan.

BACA :

Lebih 300 juta nyamuk sudah dilepaskan untuk tangani denggi
‘Mertua nak buat majlis 20k tapi tunang aku tak mampu. Saya asal dari keluarga T20, mertua pulak B40..’
‘Kalau korang nak pergi travel, pastikan ada kad-kad ni baru mudah’