”Betul ke Malaysia boleh capai negara stabil? Ini kata pakar ekonomi”
WALAUPUN terdapat gangguan yang tercetus dek persekitaran global yang tidak menentu pada separuh pertama 2023, ekonomi Malaysia telah bersedia untuk mengharungi baki tahun ini dengan dipacu sokongan berterusan daripada isi rumah yang kukuh, keutuhan asas ekonomi dan prospek yang lebih baik.
Pakar ekonomi berpendapat unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.0 dan 5.0 peratus yang ditetapkan kerajaan untuk 2023 boleh dicapai dan negara berada di landasan yang tepat untuk merealisasikannya.
Mereka juga percaya pemboleh ubah luaran yang mempengaruhi pertumbuhan, yang memberi kesan kepada ekonomi pada separuh pertama 2023 termasuk pendirian monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, dolar AS dan pemulihan China yang tidak seperti diharapkan, mungkin boleh memberi manfaat kepada Malaysia pada separuh kedua 2023,
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Malaysia berada dalam kedudukan yang kukuh pada separuh pertama 2023, disokong antaranya pasaran tenaga kerja yang sihat, ketibaan pelancong yang lebih baik serta jualan kenderaan yang menggalakkan, meskipun dalam keadaan persekitaran luaran yang suram.
Justeru, ini memberikan sokongan padu kepada KDNK dan tanggungjawab kini terletak pada permintaan domestik untuk memastikan momentum pertumbuhan Malaysia akan berterusan, katanya.
Beliau berkata, setakat ini, pasaran guna tenaga menunjukkan trend positif dengan jumlah penganggur menurun kepada 584,600 pada Mei 2023 daripada setinggi 826,100 pada Mei 2020.
“Trend sebegini adalah seiring dengan pembukaan semula ekonomi sejak Oktober 2021 dan ia memainkan peranan penting kepada aktiviti ekonomi yang lebih rancak,”
BACA JUGA:
Kenapa perlu risau dengan gelombang hijau ujar Muyiddin
Lelaki temui 700 syiling emas lama bernilai jutaan ringgit di ladang jagung