‘Betullah orang kata, perempuan suka lelaki lucu. Tak kaya tak apa, tak hensem tak apa asal lucu orangnya’

Betullah orang kata, perempuan suka lelaki lucu. Tak kaya tak apa, tak hensem tak apa asal lucu orangnya. Pasal mata ikan pun boleh buat isteri ketawa…

Tengah-tengah siang ikan untuk masak tengahari, tengok je mata ikan ni aku teringat sesuatu. Masa kat pasaraya hari tu, aku pilihlah empat lima ekor ikan selar kuning,

Datang dua pasangan suami isteri, muda.

“Yang, pilih ikan mata besar gini. Jangan pilih yang kuyu” suaminya bersuara.

'Betullah orang kata, perempuan suka lelaki lucu. Tak kaya tak apa, tak hensem tak apa asal lucu orangnya'

“Ish, bukanlah. Ibu cakap, buka insang ni. Tengok dalam, kalau warna merah muda tu maksudnya ikan baru lagi. Kalau dah warna hitam-hitam tu dah lama” jawab isterinya.

Aku yang dari tadi memilih ikan, mengiyakan di dalam hati.

Itu jugalah arwah mak aku ajar cara nak pilih ikan segar.

“Dengarlah cakap Abang, yang mata besar ni dia tidur awal. Badan segar, yang kuyu gini malam tadi dia tengok netflix, takpun p clubbing. Tak bermoral ikan gini. Tak segar”

Aku yang dari tadi curi dengar perbualan suami isteri ni bergoncang bahu tahan ketawa.

“Ish Abang ni” tepuk si isteri sambil ketawa.

Begitulah,

Isteri ni kau tak payah nak masuk raja lawak bagai, tak payah nak buat kelakar sampai beria.

Kau cerita pasal ikan tengok netflix, masuk kelab pun dah ketawa berdekah. Bukan isteri kau je, dengan-dengan isteri orang lain pun ketawa, macam aku.

Siapa kata susah nak faham isteri. Kau je yang serius memanjang, Tu sebab ramai perempuan cari pengkid. Lebih memahami kata mereka setelah frust dengan lelaki.

BACA :

Sanggup jalan kaki ke masjid untuk cari ketenangan, ‘Saya pernah menangis dihalau solat kerana imej punk’
‘Haruan makan anak. Masa mak pergi menoreh, bapa suruh aku berkemban. Mak hempas Al-Quran atas kepala bapak’
Anak orang asli pertama bergelar doktor gigi, ‘5A UPSR, 8A PMR, 8A SPM, muka cantik pandai pula tu’