Bimbang najis dicuri, Kim Jong Un tak pernah buang air di tandas awam, bawa tandas sendiri

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dikatakan membawa tandas peribadinya sendiri setiap kali beliau keluar kerana tidak mempercayai tandas awam, lapor The Mirror.

Menurut laporan pemimpin tertinggi Korea Utara itu mempunyai kemudahan untuk membuang air di dalam setiap kenderaan miliknya.

Beliau juga dilaporkan hanya akan menggunakan tandas sendiri setiap kali berada di luar kediaman.

Bimbang najis dicuri, Kim Jong Un tak pernah buang air di tandas awam, bawa tandas sendiri

Mungkin kelihatan agak aneh tetapi ada sebab mengapa beliau berkelakuan sedemikian. Kim Jong Un ternyata bertindak sebegitu adalah untuk melindungi najisnya dan tidak mahu najisnya dilihat oleh sesiapa.

Bukan itu sahaja, tandas peribadinya juga dipercayai sentiasa diawasi oleh pengawal peribadinya. Sesiapa sahaja yang didapati menggunakan kemudahannya itu akan dihukum bunuh.

Difahamkan, jika najisnya jatuh ke tangan orang luar maka maklumat rahsia yang berkaitan dengan tahap kesihatan Kim Jong Un mungkin akan terbongkar.

Lebih-lebih lagi isu mengenai tahap kesihatan Kim Jong Un dilihat menjadi perdebatan sejak beberapa tahun kebelangkangan ini.

Malah Kim Jong Un turut dilapor mengamalkan pemakanan yang lebih baik jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Bulan lalu, dilaporkan satu lagi larangan yang dikeluarkan oleh Kim Jong Un iaitu tidak boleh ketawa selama 11 hari untuk menandakan 10 tahun pemerintahannya dan untuk memperingati tahun kematian bapanya.

BACA :

‘Hanya disebabkan air kopi, ayah lafazkan cerai. Setiap kali ayah datang ziarah, aku menyorok’
‘Disini lah tempat kami dibesarkan, masyarakat sewenang – wenangnya membezakan manusia dengan taraf hidup. Ada T20, M40 & B40’
Media Indonesia dakwa anak muda Malaysia lebih suka bertutur guna bahasa Indo