Bintang bola sepak dunia Karim Benzema dan Sadio Mane tunaikan ibadah umrah di Makkah

Bintang bola sepak dunia Karim Benzema dan Sadio Mane tunaikan ibadah umrah di Makkah

Kapten Al-Ittihad dan pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema yang baru berhijrah ke Liga Pro Saudi, Jun lalu, sedang menikmati waktu yang indah di negara tersebut.

Baru-baru ini, Benzema yang merupakan seorang Muslim, berkongsi video dirinya sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Bintang bola sepak dunia Karim Benzema dan Sadio Mane tunaikan ibadah umrah di Makkah

Bekas bintang Real Madrid itu kedengaran berkata: “Mashallah, yang terbaik daripada yang terbaik. Alhamdulillah”.

Ini bukan kali pertama Benzema menunaikan umrah. Difahamkan, dia pernah menunaikan ibadah berkenaan pada 2016.

Selain Benzema, bintang baharu Al Nassr, Sadio Mane, turut menunaikan umrah beberapa jam selepas membuat penampilan pertamanya pada Khamis (3 Ogos) lalu.

Mane dirakam dalam sebuah video yang tular di media sosial, bersama beberapa rakan sepasukannya, termasuk bekas kapten RC Lens Seko Fofana.

Kelab bola sepak di Arab Saudi sudah menandatangani beberapa bintang terkemuka, bermula dengan Cristiano Ronaldo tahun lalu, dan disertai Karim Benzema, Jordan Henderson dan Sadio Mane tahun ini.

BACA JUGA:

KPM cadang wajibkan pendidikan sekolah menengah

Nia Ramadhani dedah tidur sekatil dengan ibu bapa mentua

Nafiez Zaidi dan Fify Azmi tidak jadi kahwin, bukan kerana orang ketiga tapi…