BOIKOT MC DONALD’S MALAYSIA.
(Baca sampai habis)
*Amaran, tulisan ini agak panjang dan jika Anda tidak sanggup membaca sehingga habis dengan berlapang dada, tolong jangan mula membaca bagi elak perbalahan.
Anda tidak diajak untuk bersetuju dengan tulisan ini. Golongan baca Tajuk dilarang komen.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Muktahir ini kisah serangan rejim laknatullah ke atas saudara kita di PæL35T1ñ sangat membuatkan kita rasa marah dan memang sepatutnya wajib bagi seorang yang beriman untuk marah dan mengutuk perbuatan jahat rejim tersebut.
Namun sebagai orang yang beriman segala tindakan serta tingkah laku serta tindak tanduk perbuatan kita perlulah dipandu oleh Iman dan akal fikiran yang waras berpandukan hukum agama, serta fatwa yang dikeluarkan dari ahli agama (pemerintah) tanpa membiarkan emosi menguasai diri.
Terbaru, timbul isu dimana terdapat segelintir golongan yang menyebarkan berita berkenaan sebuah restaurant makanan segera yang dikatakan menyumbang kepada rejim zalim bagi memusnahkan saudara kita disana lalu digerakan kelompok untuk memboikot Mekdi M’sia.
Satu persoalan yang timbul, adakah tindakan (memboikot) itu rasional dan setakat mana ia dapat memberikan kesan (impak) kepada rejim zalim itu? Dan adakah tindakan itu juga akan memberi kesan buruk kepada satu pihak lain?
Tahun 2015 dulu semasa konflik sama berlaku, Aku antara yang turun ke jalan dan masuk ke restaurant Mekdi (lokasi rahsia) utk sebarkan flyers untuk ajak orang ramai boikot Mekdi.
Masa tu Aku sangat muda dan darah muda yang penuh amarah membiarkan emosi mengawal diri tanpa memikirkan rasional sebalik perbuatan. Tapi buat sembunyi² sebab kawan² ramai kerja Mekdi dan takut kena tangkap.
Sekarang 2023 darah muda yang membuak-buak dulu pun dah mula surut, maka aku dah mula sedikit matang dalam membuat sesuatu tindakan tanpa membiarkan emosi melangkaui akal waras aku.
Aku mula terfikir yang tindakan Aku yg dulu itu sangatlah sia-sia bahkan ianya memberi kesan buruk kepada orang Islam yang lain dalam negara.
Untuk ringkaskan cerita ni, Aku tulis berapa point kenapa Aku mula TIDAK setuju untuk boikot Mekdi M’sia :
Point 1
– Mekdi M’sia dimiliki 100% oleh Syarikat Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd yang mana ianya entiti milik Muslim sepenuhnya. Pengarah Urusan Syarikat Azmir Jaafar adalah seorang Melayu beragama Islam. Anda boleh semak sendiri maklumat ni. Jelas lagi fakta.
Point 2
– Mekdi wujud di 119 buah negara seluruh dunia termasuk di Mecca (Saudi Arabia), andai kata tindakan boikot Mekdi M’sia berjaya dan McD menutup operasi di M’sia.
Tidak langsung memberi kesan besar kepada rejim zalim itu kerana McD M’sia (jika benar pun menyumbang penuh) peratusannya cuma 0.8% (tak sampai 1%) dari keseluruhan pendapatan Mekdi seluruh dunia.
Rejim tu langsung tak terkesan bahkan depa gelakkan kau baiiii sebab berjaya musnahkan hidup umat Islam kat M’sia yang bekerja dengan Mekdi sebab tindakan umat Islam yang emosi mengatasi rasional.
Point 3
– Mekdi M’sia adalah entiti pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat dari PPZ MAIWP tahun 2019 manakala tahun 2020 sekali lagi Pengiktirafan dari Lembaga Zakat Selangor.
Mekdi M’sia juga telah membayar Zakat Perniagaan sejumlah 12 juta (saya ulangggg) 12 juta kepada 14 Negeri di Seluruh Malaysia yang mana jumlah ini dapat membantu berpuluh ribu umat Islam miskin di negara ini.
Tak caya pi la semak sendiri dgn Pusat Pengumpulan Zakat. Tak cukup dengan tu, Mekdi M’sia bayar lagi 2 juta kepada agensi2 lain yang menguruskan zakat (yang diiktiraf oleh majlis agama Islam setiap Negeri).
Point 4
– Tahun 2021 sahaja digajikan 15,000 orang pekerja Mekdi M’sia dan sebilangan besar adalah pekerja Melayu Islam dan rata-ratanya golongan yang membayar zakat pendapatan ataupun zakat fitrah.
Bayangkan jika Mekdi M’sia tutup berapa ramai orang Islam yang menyara keluarga dengan hasil pekerjaan mereka akan hilang punca pendapatan dan bertukar status dari Pembayar Zakat kepada penerima Zakat.
Jangan cakap “rezeki Allah itu luas tak kerja McD pun boleh kerja tempat lain.” Betul kenyataan tu tapi kurang tepat pada situasi.
Kalau nak pukul rata, suruh la Kerajaan halau semua pelabur luar yang bukan dari Syarikat Islam untuk tidak melabur di M’sia.
Kenapa perlu pelabur asing jika rezeki Allah itu luas seluas lautan dan gunung ganang. Sedangkan Nabi saw itu sendiri jalankan jual beli dengan non muslim zaman tu. (boleh rujuk Ahli Hadis).
Point 5
– Sejak 39 tahun lepas Mekdi M’sia (melalui program CSR) dah belanjakan antara 4 hingga 5 juta setahun untuk bantu pelbagai jenis golongan memerlukan dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa, Gelandangan, Asnaf dan Fakir Miskin, OKU, Anak Yatim, Tahfiz dan lain2.
39 Tahun istiqamah sumbang 4 juta baiii. Untuk manfaat orang M’sia yang majority Muslim. Kalau Hang Makan McD setahun 4 kali, hang rasa boikot hang tu bleh bagi impak ka kat maslahah umat? Ntah² CSR pun kau tak tau apa benda.
Cukuplah dulu 5 point ni untuk renungan. Tak perlu bersetuju dengan point ni (agree to disagree) dan tak perlu berbalah atau tinggalkan komen² negatif.
Ini hanyalah pendirian aku (individu) dan tidak menggambarkan keseluruhan organisasi yang terkait dengan aku.
Kerana pada akhirnya kita semua sama menyokong PæL35T1ñ dan mengecam Rejim Zalim Laknatullah ini.
Nota tambahan : Dalam kaedah Feqah, perlu memilih mudharat yang kecil berbanding mudharat besar.
Ibn Nujaim menukilkan kata-kata Imam Al-Zaila’ie yang menyebut:
أَنَّ مَنْ اُبْتُلِيَ بِبَلِيَّتَيْنِ، وَهُمَا مُتَسَاوِيَتَانِ يَأْخُذُ بِأَيَّتِهِمَا شَاءَ، وَإِنْ اخْتَلَفَا يَخْتَارُ أَهْوَنَهُمَا
Maksudnya : Sesiapa yang diuji dengan dua bala (musibah) dan kedua-duanya selari (dari sudut keburukan) maka dia boleh memilih untuk melakukan salah satu mengikut kehendaknya.
Namun sekiranya keduanya berbeza (dari sudut salah satu lebih besar keburukan berbanding satu yang lain) maka dia memilih (keburukan) yang paling ringan antara keduanya.
Rujuk Al-Asybah wal-Nazhair, Ibn Nujaim (Hlm. 76)
PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM
BACA :