Brader ni ada pm aku minta bantu barang dapur. Kering terus dia kata. Dia tak boleh berkerja, ada masalah kesihatan. Dia pm aku dengan kaedah voice note pasai henpon dia rosak.
Dalam voice note tu suara terketaq ketaq minta tolong sangat². Dia duduk Sungai Petani nuu. Aku cakap elok², aku tak boleh hantaq. Kalau nak, kena mai ambil. Dia kata ok, dia sanggup mai ambil sendiri.
Petang tu sebelum sampai kat aku dia call tanya rumah kat mana sebab dia cari tak jumpa. Dia dok takut sesat dah. Siap teriak lagi masa call aku tu. Aku suruh dia bertenang dan bagi clue jalan masuk ke rumah aku.
Takdan 2 minit dia sampai dengan kancil kaler hijau kusam. Kalau kita berasa kereta kita ni buruk dah, bila tengok kereta dia dan kita tak reti jugak nak bersyukur, ertinya hati kita dah hitam.
Dia keluar dari kereta, berjalan senget sebelah dengan mata berair mai bersalam dengan aku. Orangnya muda lagi.
Masa tu dah pukul 7, aku tengah kalut nak pi masjid. Mandi apa pun dak lagi. Memang kelam kabut.
“Minta maaf menyusahkan abang. Saya tak tau nak buat apa dah ni. Hidup saya tak tentu hala. Saya tak ada apa langsung dah.” Macam tu lebih kurang dia kata kat aku.
Dia nak bercerita panjang, tapi aku tak boleh sembang lama² dan tak boleh fokus sebab dah dekat nak maghrib. Sebelum masuk kereta dia selak baju dan tunjuk beg najis sedang tergantung kat perut.
Aku cuma mampu cakap, moga cepat sihat.
Lepas dia balik, aku dapat mesej ni. Baru aku boleh fokus dengan keberadaan brader tu tadi. Latar belakangnya aku tak tahu.
Tapi dia datang dalam keadaan amat daif, menitis air mata jantan dan menahan sakit semata² nak dapatkan beras, sardin, bihun, tepung dan gula, di mana aku rasa barang² tu semua tak akan bertahan untuk sebulan pun.
Kalau dia ada keluarga yang menunggu di rumah, stock tu cuma bertahan tak sampai seminggu. Mujoq juga Tuhan gerakkan hati huloq dia sikit duit belanja lepas nampak keadaan dia macam tu.
Kemudian ada seorang lagi dari pulau, datang dengan motor. Dia tak banyak cakap, cuma berkata terima kasih dan bagi sebuah senyuman.
Masa dia naik motor baru aku perasan air muka dia. Dia bukan tak mau bercakap, tapi sedang menahan air mata.
Ini cuma secebis kisah dari puluhan manusia yang datang ambil beras kat rumah aku. Yang datang dari Balik Pulau ada, dari Nibong Tebal ada.
Paling jauh datang dari Kupang, Baling. Sanggup mai jauh² semata² nak ambil stock makanan yang sedikit.
Yang mai dengan kereta tak sampai 5 orang, itupun uzur dan ada yang pinjam kereta jiran. Kebanyakannya mai dengan motor. Yang pinjam motor jiran pun ada.
Ada satu keluarga 4 beranak. Anak 2 orang kecik² lagi. Tak boleh tinggal sebab seorang OKU dan seorang baru umur 5 tahun. Dah ambil barang lungguk dalam bakul, suami cempong anak di depan, isteri kapok anak di belakang.
Aku nak tolong hantar anak² dengan isteri tapi suami menolak baik². Boleh lagi katanya. Berderai derai hati aku bila drama ini berlaku depan rumah aku sendiri. Keluarga ini aku akan ziarah dalam masa terdekat ni insyaAllah.
Kepada kalian semua yang sudi singgah ke rumah aku, mohon maaf aku tak boleh hantar sampai ke rumah. Sebab aku sendiri ada kekangan, ada tanggungjawab lain yang tidak dapat dielak.
Terima kasih kerana sudi datang ambilkan sendiri, terima kasih atas budi bahasa yang baik, terima kasih kerana menanam keinsafan dalam hati ini. Moga ada sinar untuk kalian dan kita semua.
Info – aku ada tambah beras pagi ni termasuk beras yang dihantar hamba² Allah yang mulia 2 hari lepas. Ada la 20 kampit 5kg punya. Yang aku dah reply dan bagi lokasi rumah, boleh mai bermula jam 2 petang ini sehingga 6 petang.
Kalau tak sempat boleh mai lepas Isyak sehingga 10 malam. Jangan mai lepas maghrib, aku ada kelas mengaji kat surau .
Yang aku belum reply harap bersabar. Kot ada sesiapa lagi nak hantar beras kat aku, amat aku alu-alukan. Ramai lagi yang kelaparan. PM aku nanti aku bagi location .
Terima kasih.
BACA :