LANGGAR HUKUM BISNES BANK?
1. Budaya niaga Khairul Aming ini, sedang melanggar hukum bisnes bank.
2. Dah bagus niaga, duit banyak sepatutnya buat loan dan bina hutang banyak banyak dengan bank.
3. Silibus ini juga diajar dalam modul modul perniagaan terkenal dan universiti perniagaan.
4. Berniaga bagi ada modal, bank percaya, dan boleh mohon buat hutang untuk kembangkan perniagaan.
5. Modul ini popular dalam silibus perniagaan yang harga masuk kelas ‘ribuan riban bayaran’.
“Kita kena bagi bank percayakan kita, baru boleh buat loan beli kereta dan rumah”.
6. Mamat ini beli kilang secara tunai sebagai aset perniagaan dan masa depan. Bank tak suka cara ini, mereka tak boleh tumpang kekayaan kita.
“Apa apa jadi, saya ada kilang untuk saya tinggalkan” katanya.
7. Dia beli mesin kilang dan alatan perniagaan tanpa hutang. Ini melanggar hukum alam perniagaan dan gaya Melayu berniaga. Mana boleh berniaga tapi tak bergaya.
Kawan kawan,
Jadi pengusaha, jangan gelojoh nak reward diri dengan dengan kereta mewah dan rumah mewah.
Walau melanggar hukum kaum Melayu berniaga, ia baik buat kita.
Hidup lebih tenang, bina aset niaga bukan hutang keliling pinggang.
Bangsa Cina dah lama buat lagu nie, mereka tahu apa aset yang kekal buat mereka kaya.
BACA :