DATUK SERI SHEIKH DAH TAK ADA…
Kira-kira tiga bulan lalu saya menulis mengenai sebuah rumah agam jutaan ringgit dekat Temerloh yang dijadikan pusat tahfiz oleh pemiliknya Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.
Beliau yang juga bapa mertua kepada anggota kumpulan K-Clique, MK, begitu teruja menghubungi saya bila artikel saya itu viral di sana sini.
Langsung beliau tidak menduga kisah rumah tahfiznya yang beliau kongsikan semasa kami berdua sedang makan malam beberapa hari sebelum itu mendapat perhatian yang luar biasa!
Beberapa kali selepas itu beliau mahu berjumpa dengan saya, mau belanja saya makan etc.
Setiap kali beliau WA mengenainya, saya hanya senyum sendiri. Ini kerana saya tahu beliau sangat sibuk dengan urusan kerjanya.
Untuk itu pelawaan beliau selalunya saya balas ringkas sahaja: Baik Datuk, anytime…just ikut bila Datuk free saja, saya ok.
Takdir menentukan, makan malam kami berdua tiga bulan lalu itu jugalah nampaknya kali terakhir kami bersama.
Datuk Seri Dr Syeikh Nordin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi, Allah….
Pada kesempatan ini marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diangkat darjatnya, diampunkan segala dosa dan silapnya.
Semoga segala kebaikan dan pengorbanan beliau membelanjakan harta yang bukan sedikit untuk rumah tahfiz Al-Quran beliau itu mendapat balasan syurga di akhirat nanti, InshaAllah.
Saya hilang kata-kata…
BACA :