Demi kejar keuntungan tuan rumah ubah suai dapur jadi bilik sewa “Best ni, malam-malam malas nak pergi toilet,kencing je dekat sinki” – Netizen

Demi kejar keuntungan tuan rumah ubah suai dapur jadi bilik sewa “Best ni, malam-malam malas nak pergi toilet,kencing je dekat sinki” – Netizen

Bagi sesetengah individu bujang, mereka lebih gemar untuk menyewa bilik kerana mahu menjimatkan kos.

Kadar sewaan yang ditetapkan pemilik kediaman lazimnya bergantung kepada lokasi, akses ke sesuatu tempat, keluasan bilik serta kemudahan yang ditawarkan.

Demi kejar keuntungan tuan rumah ubah suai dapur jadi bilik sewa "Best ni, malam-malam malas nak pergi toilet,kencing je dekat sinki" - Netizen

Namun tidak dinafikan, demi mengejar keuntungan, segelintir pemilik atau ‘tuan tanah’ bertindak membuat pengubahsuaian kediaman mereka sehingga ruang yang tidak sepatutnya pun dijadikan bilik sewa.

Dalam satu perkongsian yang tular di laman Twitter, seorang individu berkongsi iklan mengenai sebuah bilik sewa yang boleh dianggap agak rare.

Mana tidaknya, menerusi gambar yang dimuat naik, bilik sewa tersebut dipercayai merupakan bahagian dapur sebuah kediaman jenis semi D, yang diubahsuai memandangkan terdapat sinki di dalamnya.

“First time (pertama kali) aku jumpa ni,” demikian ciapan individu berkenaan.

Turut kelihatan, sebuah katil bersaiz bujang lengkap dengan tilam dan kipas dinding disediakan untuk bakal penyewanya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan individu itu di Twitter, iklan tersebut disiarkan ejen hartanah di satu platform khusus untuk sewa bilik.

Menerusi carian yang dilakukan di platform berkenaan, bilik sewa tersebut yang terletak di sebuah negeri di utara tanah air berkeluasan 50 meter persegi dengan kadar sewaan RM250 sebulan.

Tuan rumah turut menyediakan beberapa kemudahan untuk bakal penyewa bilik berkenaan seperti peti sejuk, mesin basuh dan pemanas air.

Best ni, malam-malam malas nak pergi toilet,kencing je dekat sinki. Idea untuk owner tambah income… boleh tambah toto bawah sinki tu sebab ada ruang lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komen sarkastik bercampur lucu memandangkan keadaan bilik tersebut yang rare.

Dalam pada itu, ada yang turut mengecam tindakan pemilik kediaman berkenaan kerana tergamak melakukan pengubahsuaian demi mengaut keuntungan.

“Kalau jumpa macam ni sila report. Kalau jumpa yang iklankan ni sila juga report. Kita lawan habisan owner atau pelabur bangsat yang hina kemanusian sampai macam ni sekali.

“Best ni, malam-malam malas nak pergi toilet,kencing je dekat sinki. Idea untuk owner tambah income… boleh tambah toto bawah sinki tu sebab ada ruang lagi.

“Kenapa ada vibes macam bilik mandi pengurusan jenazah? Insaf terus,” demikian antara komen netizen.

BACA JUGA:

Pemuda OKU teruja dapat selesaikan tanggungjawab mengundi hari ini

MB Terengganu selesai membuang undi si SMK Seri Nering

Rakyat diseru keluar mengundi demi kebajikan rakyat