‘Depan kami macam nazak nak mati esok tapi belakang kami tahu apa dia buat, mertua pelakon terhebat’

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama saya Zizi (bukan nama sebenar). Saya baru kawin 2 tahun lebih tapi belum dikurniakan zuriat.

Tinggal sebumbung bersama keluarga mertua, ipar duai dan rumah berdekatan dengan pakcik makcik suami (rumah kampung)

Kali pertama saya melangkah masuk ke rumah mertua. Saya melihat tiada yang menghormat mertua seperti ibu kandung sendiri.

'Depan kami macam nazak nak mati esok tapi belakang kami tahu apa dia buat, mertua pelakon terhebat'

Malah ada anak anak yang panggil ibu mertua saya dengan panggilan nama. Ada juga yang sudah 1 tahun tak bertegur dengan mertua.

Pada mulanya saya kesian pada ibu mertua saya. Dan saya bagi lebih perhatian pada ibu mertua saya.

Masuk 1 tahun perkahwinan saya mula tahu perangai sebenar ibu mertua saya.

Saya dan suami belum dikurniakan zuriat. Pada suatu haritu ada majlis perkahwinan sepupu suami. Tengah ramai ramai sedang berbual selepas habis majlis. Ibu mertua tanya saya depan ssemua saudara mara yang hadir,

“Zizi bila nak ada anak?? Macam mana lah rupa anak Zizi nanti”. Saya terkedu.

Selama dia dengan saya tinggal serumah takde pun dia tanya berkenaan zuriat. Tiba tiba depan orang ramai, dia tanya.

Saya malu dan balik rumah cerita pada suami. Suami cuma cakap “sabar aje”.

Pada hari raya tahun lepas. (untuk makluman suami pernah bercinta dengan sepupu punya isteri punya kakak tapi putus sekerat jalan dan dulu mertua sangat rapat dengan ex suami) waktu beraya di rumah saudara berdekatan,

Sedang berbual bual ibu mertua cakap depan adik ex suami, “Zizi belum lagi ada anak, taktahu lah bila nak mengandung” mata saya dah mula bergelinangan.

Saya hanya senyum dan makan je. Kebetulan ada anak ex suami. Ibu mertua dukung peluk dan cakap,

“cucu nenek, rindu nenek dekat cucu nenek ni” saya rasa sangat sedih dan saya minta balik.

Saya masuk bilik suami pujuk. Suami saya marah pada mak mertua buruk kan saya, mak mertua saya jawab,

“yeke mak ade ke cakap pasal Zizi tadi. Mak tak pernah buruk menantu mak dekat orang”.

Hebat lakonan mak mertua puaka menjaja cerita anak menantu.

Hampir masuk 1 tahun lebih saya dirumah mertua, sarapan baju, baju mertua semua saya siapkan. Tapi makin diberi muka, ibu mertua buat saya seperti kuli.

Bila pergi ke pasaraya dia hanya arah arah saya untuk ambil barang keperluan sedangkan saya pun banyak barang nak dibeli.

Saya geram dan terpaksa tinggikan suara, “mak angkatlah, Zizi pon ada barang nak kena beli”.

Masuk tahun ke 2, saya perasan mak mertua asyik post gambar seorang lelaki.

Suami suruh saya buat wasap web dan login fb mak mertua saya.

Baru baru ini dia suruh saya transfer 2k ke dalam 1 akaun bank. Saya rasa curiga dan saya pun bagitahu suami.

Rupanya dia bagi dekat lelaki tu duit. Dan lama kelamaan saya tengok wasap ibu mertua sering bercakap lcah bersama lelaki tersebut.

Saya bagithu suami, suami pun dah tegur. Alasan ibu mertua saya, “dia kurang kasih sayang lelaki katanya”.

Saya hanya berdiamm.

Selang beberapa bulan, dia ikut lelaki tersebut ke kenduri kawin. Dia keluar sewaktu suami tiada dirumah dan pada waktu malam. Dia tak tahu yang saya ada buat wasap web.

Keesokan saya tengok dia berjoget dan berpelukan sakan dalam 1 video yang dipost oleh lelaki tersebut di fb.

Mak mertua balik seperti kelelahan kepenatan macam tolong orang rewang.

Di dalam wasap dan fb bukan main sihat bercerita tidak senonoh. Bila depan saya dan suami macam dah nazak dan pitam. Sedangkan kami tahu dibelakang apa yang dia buat.

Saya cuba hormat seperti mak kandung saya sendiri tapi mulut dan perangai membuat saya menyampah dengan mak mertua.

Minggu ini dia demam dan taknak mandi, 1 hari duduk keseorangan dibilik.

Bila saya tengok ws web dia minta lelaki tersebut tidak berpakaian dan sebagainya. Depan saya seperti nazak nak mati esok.

Apa yang saya nak kena buat dengan mertua macam ni??? Saya cuba jadi yang terbaik tapi lakonan nya buat saya benci menyampah.

BACA :

‘Gaji dah cecah 5k, ayah masih pakai nokia 3310. Ayah kantoi masa hari raya, rupa-rupanya..’
Hotel di Sabah ‘kantoi’ pasang kamera tersembunyi dalam bilik oleh pelancong dari China
‘Ramai tak perasan sebenarnya kita hidup dalam sistem dajj*l, kisah ni dah lama suami aku ceritakan..’