Dikala kita membaca di social media banyak nya bisnes tutup, ekonomi tenat dan sebagainya, ada disisi lain yang kelihatan seperti tidak terjejas bahkan lebih dari kebiasaan.
Kelmarin ambo ke KLCC, agak terkejut kerana hampir semua kedai full dan banyak kedai kena beratur panjang. Harga barangan dan menu yang dijual pula bukan calang-calang.
Begitu lah kitaran bisnes, ada yang naik ada yang turun. Sebagai usahawan, kita yang perlu adapt dengan perubahan.
Mungkin ada yang berkata faktor hujung bulan dan hari minggu. Ya, mungkin benar tapi jangan selalu beralasan.
Jangan terlalu negatif sehingga mempengaruhi hidup kita. Syukur dan nikmati hidup apa adanya. Jangan sibuk mengeluh sampai lupa bersyukur, sampai lupa lihat dan hulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Behaviour manusia berubah, market berubah, cash flow juga berubah. Kalau kita masih terbuai dengan kejayaan masa lalu dan mengeluh dengan apa yang terjadi, kita ibarat sedang menggali lubang sendiri.
BACA :