Memiliki anak kecil sudah tentu akan meriuhkan suasana sesebuah rumah itu
Namun, tidak dinafikan budak kecil masih tidak tahu mana betul dan mana yang salah. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan besar dalam mendidik mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil selamba mengambil air haram yang disangkakan air green tea telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
@uda.j aduhh dikk jgn mcm ni .. naye bapak ni #anakbapak #fypviral #fyp #fypindonesia #btsanjing ♬ original sound – I D H A M
Haus sangat sampai salah ambil air
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil dan keluarga sedang berbelanja di sebuah pasar raya.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila si cilik itu kelihatan menangis kerana kehausan. Lebih mengejutkan lagi, dia datang dengan air tin alkohol yang membuatkan si ayah terhibur. Pada masa yang sama, ibunya pula dah berleter dan menyekolahkan anaknya.
“Biasa lah tu bang budak-budak nampak je memang dia terus amik” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 105K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Tak apa dik, yang penting tak add to cart!
BACA :