Tadi saya dengar Sinar FM. Dengar keletah Jep, Rahim dan Angah dalam Sinar Pagi. Tajuk perbincangan pagi ini tentang kesusahan semasa tiada duit.
Ada seorang caller cerita, dahulu dia seorang yang kaya. Kiranya gaji dia lebih 3 atau 4 kali ganda berbanding suaminya. Banyak perbelanjaan keluarga memang dia yang cover.
“Saya rasa amat sombong ketika itu. Kiranya disebabkan saya banyak duit tu menyebabkan saya rasa hebat berbanding suami yang bergaji rendah. Sampai anak-anak pun perasan, kata mereka : tak pe, ibu ada. Ibu ada duit banyak..”
Tambahnya lagi, disebabkan beliau meninggi diri dan bersikap sombong dengan suami itu, menyebabkan mereka selalu bergaduh. Dan setiap kali bergaduh dia akan persoalkan kemampuan suami.
Perbuatannya itu menyebabkan suaminya berkecil hati. “Abang tahulah abang gaji kecik”. Lebih kurang begitulah luahan hati suaminya.
Mendengar luahan hati sang suami menyebabkan beliau tersentak. Tiba-tiba beliau tersedar. Dia telah melukakan hati syurganya itu. Duit telah membuatnya lupa diri. Sanggup bersikap sombong dengan suami sendiri.
Untuk menebus kesilapannya. Beliau nekad, untuk berhenti kerja. Ambil keputusan untuk mengutamakan suami berbanding duit.
Duit telah membuatkannya lupa diri. Lupa tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya hormat pada suami.
Dipendekkan cerita, beliau kemudiannya jadi surirumah sepenuh masa. Ya. Hidup memang terus susah ketika itu. Yalah.
Nak bayar rumah, kereta, belanja anak apa semua. Tapi nasib tak ada yang sampai tertunggak sebab mereka ada simpanan.
Makan pula memang catu habis. Sewaktu susah itulah baru dia sedar erti hidup. Hormati suami dan bersyukur apa yang ada.
Akhirnya setelah hidup dalam kesusahan, Allah takdirkan beliau dapat kerja semula. Yang hebatnya, beliau ditawarkan gaji berlipat kali ganda dari kerja yang dahulu.
Dia berkerja semula dengan keizinan suami, namun sifat sombong dalam dirinya telah terhakis. Kerja semula ini dengan niat untuk bantu suami dan keluarga.
“Saya bersyukur sangat ada suami yang sangat memahami dan memaafkan perbuatan saya. Dialah syurga yang saya tak nampak satu ketika dahulu” tambahnya sebak.
Saya dah tak boleh tahan mendengar luahan kisah benar ini. Laju air mata turun. Menangis tak tentu pasal seorang diri dalam kereta.
Mujur cermin sedikit gelap. Bimbang orang sebelah kereta perasan, apahal mamat kacak ni menangis sensorang dalam kereta.
Saya doakan semoga pemanggil tersebut terus berbahagia bersama suaminya. Allah sayang kepada kamu. Lalu Dia beri kamu sedar dan faham betapa pentingnya redha seorang suami.
Sehebat manapun taraf dan amalan kamu, syurga kamu masih tertakluk akan keredhaan seorang suami.
Begitulah.
BACA :