Disini lah tempat kami dibesarkan.
Tangga batu yang menjadi saksi kami berlari dan terjatuh.
Tak pernah pula terasa susah,
Namun yang pasti bukanlah orang senang.
Semaklah susur galur atuk nenek kami,
Tiada pula orang senang,
Tiada juga orang berniaga.
Cuma bila terlampau lama di bawah,
Terasa perlu bekerja keras untuk ubah nasib keluarga.
Apa yang kurang enak adalah apabila masyarakat sewenang – wenangnya membezakan manusia dengan taraf hidup.
Ada T20, M40 & B40.
Seolah – olah bila anda bekerja keras, maka anda terus dihukum keluar dari komuniti yang sekian lama anda membesar.
Saya masih orang yang sama.
Masih berjiwa orang kebanyakan.
Pahit jerit, berhujan panas bersama anak-anak atas kenderaan dua roda masih lagi terasa.
Cuma rezeki di dunia ini Allah beri lebih awal.
Menyebabkan ada ketikanya saya harus jalankan tanggungjawab membela periuk nasi 500 pekerja saya iaitu tanggungjawab menjadi seorang ‘boss’.
Maka ketika itulah orang akan beri gelaran berlagak, lupa daratan, menunjuk dan sebagainya tanpa usul periksa.
Ada kalanya saya lawan,
tapi kebanyakannya redha.
Setiap manusia telah siap Allah susun rezekinya,
Tugas hambanya adalah berusaha.
Kepada anda yang membaca coretan ini,
saya doakan Allah susun rezeki anda di dunia ini lebih awal sesuai dengan kerja keras anda selama ini, InsyaAllah.
Saya pula?
Saya belum berjaya.
Maka saya akan terus berusaha.
Kerana setiap usaha saya ni akan membuka peluang kepada lebih ramai yang memerlukan peluang pekerjaan di luar sana.
Hidup ini bukan tentang kita sahaja.
Berjaya ni bukan untuk kita sahaja.
Harini saya bawa anak-anak melawat tempat ayah mereka dibesarkan.
Supaya mereka tahu,
bukan semua orang lahir terus kaya.
Dan lebih penting, bukan semua yang lahir kaya akan terus kaya.
Semuanya melibatkan usaha.
BACA :