Emosi Amir Raja Lawak terganggu lepas dituduh curi pelanggan peniaga lain, terpaksa tutup bisnes air balang di Perak

Amir Raja Lawak dia mengakui emosinya sedikit terganggu selepas kehadirannya untuk berniaga di Perak baru-baru ini kurang disenangi peniaga di kawasan berkenaan.

Gara-gara isu itu, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 34, berkata dia memilih untuk tidak membuat jualan di negeri berkenaan dalam masa terdekat ini walaupun mendapat sambutan memberangsangkan.

“Sebenarnya ada la juga rasa down bila jadi macam tu tapi tak ada la teruk sangat, macam lebih kepada mengeluh kecil (alamak kenapa jadi macam ni).

Emosi Amir Raja Lawak terganggu lepas dituduh curi pelanggan peniaga lain, terpaksa tutup bisnes air balang di Perak

“Saya datang kejap je kot tapi kenapa jadi macam ni cumanya selepas solat dan berdoa tu saya jadi tenang dan okay semula.

“Untuk pergi semula mungkin tidak rasanya untuk masa terdekat ini sebab saya dah pergi dua kali ke sana, kalau kerap ke sana nanti orang bosan pula jadi bagi orang rindu la nanti,” kata Amir.

BACA :

‘Hari-hari terakhir, setiap malam aku menangis. Terasa lamanya dua tahun itu. Tunggu Along pulang abah’
‘Bagi aku, aku taknak anak lagi. Tapi suami aku nak juga. Tengok suami tido nyenyak sangat, aku pukul suami sekuat hati’
Pelajar pondok menangis berdoa siang malam minta mak ayah datang jenguk, setahun tak jumpa