Fasha Sandha mahu hamil lagi? Ambil berkat usap baby bump Nad Zainal

Fasha Sandha mahu hamil lagi? Ambil berkat usap baby bump Nad Zainal

Aktres Fasha Sandha berkongsi perkembangan terkini rakan selebriti Nad Zainal yang kini sarat hamil anak ketiga.

Difahamkan, mereka antara barisan artis yang berniaga di sebuah acara di Singapura.

Fasha Sandha mahu hamil lagi? Ambil berkat usap baby bump Nad Zainal

Video berkenaan dimuat naik Fasha di Instagram, pada Khamis yang antara lain turut merakamkan pelakon drama Serpihan Sayang itu sedang melayani pelanggan sambil ditemani suami, Aidil Aziz.

Dalam perkongsian sama, Fasha sempat meluahkan rasa teruja kerana dapat berniaga bersebelahan dengan booth Nad Zainal.

“Ehh berjiran dengan Kirana (Nad) Ada ke yang rindu Kirana and Miralove?,” tulisnya.

Lebih menarik perhatian, Fasha juga sempat mengusap perut atau ‘baby bump’ Nad sebagai tanda untuk mengambil berkat.

“Ambil berkat katanya,” titip Fasha ringkas sambil Nad yang kelihatan tersipu-sipu.

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya mendoakan yang baik-baik buat dua figura popular itu.

BACA JUGA:

Atuk sporting tolong selamatkan cucu baru kahwin malu kucing masa bergambar, adik beradik pula pakat ketawakan!

Niat nak merompak duit tapi terjatuh hati dengan mangsanya, ini pasangan yang meraih perhatian seluruh dunia

Pasangan ditahan kerana kantoi jual bayi sendiri untuk beli iPhone, “Mana otak diaorang”