Gabungan PH-BN bakal memberi kejutan di Selangor

Gabungan PH-BN bakal memberi kejutan di Selangor

Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) di Selangor yakin akan mendahului 68 peratus hingga 70 peratus kawasan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata jangkaan itu berdasarkan situasi penamaan calon yang berjalan sempurna dan begitu meriah hari ini, hasil gerak kerja seluruh jentera di Selangor.

Gabungan PH-BN bakal memberi kejutan di Selangor

“Saya yakin PH-BN mendahului di 68 peratus hingga 70 peratus di kawasan yang ditandingi, serta persaingan sengit di beberapa kawasan lain yang mampu mencapai kemenangan.

“Alhamdulillah proses penamaan calon bagi kesemua 56 calon PH-BN dalam gagasan Perpaduan Negeri Selangor sudah selesai dan berjalan dengan begitu sempurna.

“Semangat setiakawan dan kesepakatan ini yang menjadi asas kepada Kerajaan Persekutuan diterjemahkan ke dalam gerak kerja di PRN kerana kerjasama ini dijalinkan atas kepercayaan dan bukannya pengkhianatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan 147 calon bertanding di 56 kawasan DUN di seluruh Selangor.

“Daripada jumlah itu, 26 kawasan menyaksikan pertarungan satu lawan satu, 25 kawasan dengan tiga penjuru dan lima DUN, empat penjuru,” katanya.

Justeru, katanya, Pasukan Perpaduan Selangor akan melancarkan tawaran untuk lima tahun akan datang pada Isnin, 31 Julai di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, jam 8.30 malam.

BACA JUGA:

Penawaran Al Nassr terlalu menggiurkan untuk Sadio Mane tolak

Kerajaan galakkan rakyat tebus Skim Perubatan Madani yang baru dilancarkan

5 buah yang biasa kita makan rupanya berasal dari surga, terbukti khasiatnya…