Gara-gara beri laluan lelaki sambut hari jadi tengah jalan, trafik sesak teruk
Seorang lelaki di negeri Uttar Pradesh, India menyambut hari lahir di tengah jalan raya sibuk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, lapor laman berita Times of India semalam.
Pradeep Rathore dilaporkan membakar mercun di tengah persimpangan Old Mandi di bandar Agra sambil disertai oleh rakan- rakannya.
Tindakan mereka menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selepas mercun tersebut dibakar selama 30 minit.
Tidak dinyatakan sama ada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka.
Namun, laman berita Times of India melaporkan bahawa Pradeep ialah ahli pasukan media sosial parti politik, Parti Bharatiya Janata.
BACA JUGA:
Pengasas Mustika Ratu dedah rahsia kekal awet muda, cuma amal 2 bahan ni je!
“Sanusi tiba di mahkamah, sedia berhadapan dengan 2 tuduhan”
CEO dikecam lepas pecat 90% staf, akui guna AI lebih cekap dan pantas