’Guna QRPay sebab nak senang tapi makin leceh bila kena tunjuk screen fon!’ – Aplikasi QRPay menyusahkan?

’Guna QRPay sebab nak senang tapi makin leceh bila kena tunjuk screen fon!’ – Aplikasi QRPay menyusahkan?

Penggunaan teknologi digital semakin meningkat dengan kebanyakan pengguna lebih gemar berbelanja menggunakan aplikasi mudah alih di samping memanfaatkan fungsi terkini pada peranti.

Bagaimanapun, kecekapan pengurusannya masih lagi dipersoalkan kerana rasa bimbang dalam kalangan pengguna.

’Guna QRPay sebab nak senang tapi makin leceh bila kena tunjuk screen fon!’ - Aplikasi QRPay menyusahkan?

Seperti pembayaran menerusi imbasan kod QR, kaedah ini sememangnya memudahkan sesiapa sahaja namun adakalanya ‘merunsingkan’ para pengguna kerana perlu menunjukkan paparan skrin selepas transaksi dibuat.

Perkara sama turut diluahkan pelayar Twitter Muaz yang mendapati kaedah tersebut merimaskan dan ‘membuang masa’.

“Annoying juga setiap kali lepas QRPay kena tunjuk skrin telefon. Sepatutnya masing-masing dapat notifikasi transaction successful (transaksi berjaya),” ciapnya ringkas.

Menurutnya, luahan tersebut bukanlah ditujukan kepada peniaga yang menyediakan kaedah pembayaran berkenaan sebaliknya berasa aneh kenapa penyedia perkhidmatan tidak memperkenal ciri mudah seperti itu.

“Post ni bukan nak marah merchant… cuma rasa pelik feature simple (ciri ringkas) macam ini pun service provider (penyedia perkhidmatan) tak boleh buat.

“Nak tunjuk skrin tu patutnya sekejap. Masalah sekarang nak kena adjust brightness bagi juruwang boleh nampak skrin, kemudian dengan notifikasi yang perlu ditutup dahulu,” luahnya lagi.

Muaz turut menyatakan mekanisme sedia ada yang kurang efisien itu memberi impak negatif semasa transaksi perniagaan dilakukan.

Justeru dia berharap supaya penambahbaikan dapat dilakukan terutama sekali menjimatkan masa kedua-dua belah pihak di samping mengelak kejadian penipuan.

“Saya cuma harapkan penambahbaikan sistem kerana mekanisme yang sedia ada kurang efisien dan memberi impak negatif semasa transaksi perniagaan dilakukan.

“Harapan utama adalah menjimatkan masa, elak kejadian scam dan tambah baik sistem,” ujarnya lagi.

Pelayar Twitter turut memberikan pandangan dan pengalaman menggunakan kaedah barayan QR masing-masing.

Pelayar Twitter turut memberikan pandangan dan pengalaman menggunakan kaedah bayaran QR.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakan pengguna bersetuju perihal masalah kecekapan yang ada.

Mana tidaknya, selain perlu menunjukkan transaksi yang telah dibuat, terdapat premis yang meminta izin untuk mengambil gambar sekali gus membuatkan pelanggan terpaksa tunggu selama beberapa minit di hadapan kaunter.

“Nak tunjuk tu satu hal, kemudian ada kedai kena tunggu dia ambil gambar pula… dapat pula jenis telefon yang selalu hang, lima minit nak tunggu ambil gambar saja.

“Ada kedai yang dia perlu hubungi bos terlebih dahulu untuk confirmation… lagi lama tunggu depan juruwang.

“Aku ada bad experience (pengalaman buruk)… beli barang kerja dengan jumlah RM400. Bahagian kita dah berjaya tapi merchant kata belum keluar dalam sistem dia, jadi aku tak boleh ambil barang. Minta refund kena tunggu tiga hari dan perlu keluarkan tunai untuk ambil barang.

“Setuju! Nak tunjuk tu satu hal, kemudian tiba-tiba tertekan done terus keluar skrin utama dan jenuh nak buka semula history… tuan kedai nak tengok macam orang tak bayar,” luah beberapa warga maya.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menyatakan tujuan pelanggan perlu menunjukkan paparan transaksi yang telah dibuat.

“Banyak yang penipu kat luar sana. Acah-acah scan QRPay kemudian cakap ‘dah bayar’ tanpa tunjukkan paparan telefon dan terus keluar premis… yang rugi peniaga,” jelasnya.

Bagaimanapun, salah seorang pengguna Twitter menyatakan terdapat teknologi baharu yang boleh digunakan oleh pihak peniaga sekali gus memudahkan transaksi.

“Ada mesin Bayarlah… selepas transaksi berjaya, mesin akan keluarkan bunyi yang terima bayaran dengan jumlah sepatutnya. Siap tunjuk amount pada skrin,” katanya.

BACA JUGA:

Episod yang ditunggu-tunggu, Tom & Jerry berebut durian pula dalam siri baru!

Malaysia tak mahu ternak lembu Australia, trauma penyakit LSD

Hujan lebat, ribut petir diramal pada hari pengundian