Habis edah terus berangkat ke Tanah Suci Makkah
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhda Mat Shukri berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada Sabtu.
Berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram, Shuhada, 29, memohon orang ramai mendoakan agar urusan ibadahnya di sana dipermudahkan.
Malah, sebelum netizen mempertikaikan pemergiannya itu, Shuhada turut memberitahu dia sudah selesai tempoh edah.
“Ya Allah, aku datang ni… Ya Rasulullah aku datang ni… doakan urusan saya dipermudahkan segalanya insya Allah.
“Harap maklum, jangan risau saya sudah habis edah,” katanya.
Bersama kapsyen berkenaan, dia turut berkongsi foto ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pakaian lengkap menggayakan persalinan jubah rona tanah.
Pada Khamis lalu, Hafidz dan Shuhada akhirnya sah bercerai selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor mengesahkan lafaz dibuat aktor berkenaan pada 22 Februari lalu adalah sah mengikut hukum syarak.
Dalam pada itu, Shuhada berharap pengalaman rumah tangga dilalui olehnya itu dapat dijadikan contoh kepada wanita lain agar mereka tidak berdepan isu sama.
“Saya ingin beri semangat pada semua wanita di luar sana. Semua yang melalui fasa yang sukar ketika ini, banyakkan bersabar.
“Saya tahu perasaan itu sangat pedih dan perit tapi tidak mengapa Allah baik sangat. Bila kita baik, kejar cinta Allah, Allah akan ganti dengan lebih indah.
“Dugaan yang saya terima adalah ujian, supaya saya kuat dan jadi contoh untuk anak-anak,” jelasnya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar yang kini berusia 2 tahun.
BACA JUGA:
Gabungan PH-BN bakal memberi kejutan di Selangor
Penawaran Al Nassr terlalu menggiurkan untuk Sadio Mane tolak
Ramai rakyat Malaysia terlepas pandang rupanya ayam tebuk tak halal – JAIS