Halal Anak VS Halal Pasangan
“TIDAK BOLEH peluk anak berlainan jantina seperti itu walaupun atas nama kasih sayang”
Begitulah lebih kurang komenku di satu video Tiktok seorang Artis lelaki yang memeluk erat anak pompuannya, dada rapat ke dada, sambil jarinya garu² di belakang anaknya. Komenku ini dipertikai dgn pelbagai persoalan & sindiran, antaranya:
1. Sejak bila anak dgn bapa batal wuduk?
2. Haramkah saya bersalam dgn bapa kandung?
3. Ajaran yg barukah ini?
4. Ayah saya selalu peluk saya ketat² sambil dagunya di atas bahu saya, mcm mana tu?
5. Ayah nak syg anaknya pun salah?
Dan ada lg…
Beginilah, halal kita (bapa) dgn isteri BERBEZA halal kita dgn anak pompuan (sama jugak ibu dgn anak lelakinya). Cinta kita kpd isteri BERBEZA cinta kita kpd anak perempuan.
Cara peluk lain, cara melawak lain, cara sentuh lain, cara cium lain, cara pegang lain walaupun kedua²nya (isteri & anak pompuan) halal!
Ingat tu, bukan semua org yg halal ini sama kaedahnya. Lainlah jika anak itu bawah usia baligh@ masih sekolah rendah. Kecik lg takpa laa.
Tapi kalau anak pompuan tu dah 18 tahun, cara peluk, melawak, cium, dakap, sentuh dll tu sudah berbeza.
Adab berinteraksi (تعامل) dgn anak pd usia begini lebih kpd saling menghormati, menjaga maruah & ada garis sempadan supaya anak pompuan tahu bagaimana cara bersahabat dgn seorang bapa.
Dgn mak dia takpa, gomoi pilah tera manapun…
Jika disoroti ilmu perubatan keluarga & pendidikan seks (rujuk web² di gugel), anak pompuan mesti ada sempadan dgn bapanya drsg pakaian, gurauan, pergaulan dll khususnya sentuhan yg keterlaluan, pergaulan yg terlalu bebas, pakaian yg menjolok mata di dlm rumah yg menjadi punca berlakunya jenayah dlm rumahtangga spt sumbang mahram atau haruan makan anak.
Jika disoroti ilmu pendidikan kekeluargaan Islam spt Tarbiyatul Aulād, Tuhfatul Maudūd, Masūliyyātul Abawayn (dan boleh gugel byk lg), Islam meletakkan perbezaan yg jelas antara ciuman ibubapa kpd anak yg berlainan jantina.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW tentang perbanyakkan cium anak² (HR al-Bukhari), maka sarjana pendidikan Islam menghuraikan hadis ini berdasarkan beberapa sempadan iaitu jantina, umur & anggota² tertentu sahaja.
Jantina anak yg berbeza, ciumannya berbeza. Umur yg berbeza, sentuhannya berbeza. Anggota yg tertentu, maka ibu @ bapa wajib tahu.
Pokoknya, JANGAN KETERLALUAN kerana halal kita dgn anak pompuan ada hadnya. Berbeza halal kita dgn isteri tanpa had. Pendidikan anak kecil, caranya bermain. Anak remaja, caranya bertegas, anak dewasa caranya bersahabat.
BACA :