‘Hancur negara kalau semua perkara orang awam selesai dengan cara tersendiri. Tak mustahil, orang tidak bersalah pun akan menjadi mangsa nanti’

Jujur, aku benci!

1) Satu geng, habis merata tempat warga asing bekerja mereka terjah. Satu geng, sampai masalah rumah tangga orang mereka rakam dan siar secara terbuka.

2) Hancur negara kalau semua perkara orang awam selesai dengan cara tersendiri. Tidak mustahil, orang tidak bersalah pun akan menjadi mangsa nanti.

3) Lemah mana pun pihak berkuasa menurut pandangan kita, aturan dan saluran masih ada.

'Hancur negara kalau semua perkara orang awam selesai dengan cara tersendiri. Tak mustahil, orang tidak bersalah pun akan menjadi mangsa nanti'

4) Kesannya semua berlagak polis, penegak undang-undang, muncul satu persatu mereka yang semberono, asal warga asing, semuanya mahu diviralkan.

Ribuan warga Malaysia di luar negara. Bagaimana kalau mereka juga direndah-rendahkan dan dibuat lebih kurang di negara asing?

5) Seorang lelaki warga asing, mengayuh basikal mungkin ke tempat kerja, menyarung baju pink Food Panda yang entah dari mana dia dapatkannya, pun anda rakam sampai marah-marah padanya, kemudian tularkan di media sosial.

Gila semua perkara rakam dan tularkan. Sanggup anda cari view dengan cara seperti ini!

6) Seorang lelaki warga asing berkopiah, diterjah, ditanya soalan berapa rakaat solat Isya’.

Mungkin kerana tidak memahami maksud pertanyaan, beliau menjawab sekali jumlah rakaat solat witir, solat sunat, kerana itu kebiasaan sebahagian di kalangan mereka (selepas Isya, terus disambung dengan solat sunat, Witir).

Isunya, fokus kita isu permit, pasport, boleh berniaga atau tidak, untuk apa sampai ingin menguji soal ibadah mereka? Sempurna sangatkah urusan ibadah masyarakat kita?

7) Waktu tengah hari Jumaat yang panas, dikalangan mereka berjalan kaki begitu jauh dari tempat-tempat binaan, seawal sebelum azan untuk menunaikan solat, berapa ramai dikalangan kita yang berada di kedai-kedai makan sehingga selesai solat Jumaat? Fokus isu sebenar! Jangan pandang rendah Muslim lain.

Sabda Rasulullah: Cukuplah seseorang itu dianggap jahat apabila dia merendah-rendahkan Muslim yang lain (HR Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah SAW : Mencaci orang Muslim adalah kefasikan dan memeranginya adalah kekufuran. (HR Ibnu Majah)

9) Jangan anda mengatas namakan bangsa Melayu dalam tindakan- tindakan lebih kurang anda. Anda tidak mewakili pun majoriti bangsa Melayu yang tahu seni berbahasa dan kaya dengan akhlak dan diplomasi.

10) Jangan anda mengatas namakan amar maaruf nahi mungkar dalam tindakan-tindakan anda. Kerana Islam cukup indah dengan meletakkan pencegahan mungkar tidak boleh disertai dengan mungkar yang baru!

Maulidur Rasul yang disambut, apa pelajarannya?

BACA :

‘Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri’
[VIDEO] Abang Bomba tekad beri bantuan pernafasan mulut untuk selamatkan kucing, ‘Betapa mulianya hatimu serta perbuatanmu’
Si bongsu tahan air mata tak tunjuk sedih kematian bapa, hanya termenung kosong tepi kubur, ‘Dia pesan kat kami suruh sedekahkan Al-Fatihah’